Resepi Ayam Goreng Hot and Spicy Viral - Bonda

Friday, 10 May 2019

Resepi Ayam Goreng Hot and Spicy Viral


Bahan-bahan :

Ayam
Tepung jenama BESTARI
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili (jika perlu)
Minyak Masak

***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin

Cara-cara Penyediaan : 

#1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh smpai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam)

#2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Sy perap 5 jam.

#3. Sediakan tepung untuk salutan pulak

#4. Cmpurkan tepung bestari yg blm di bancuh dgn air dgn tepung gandum & tepung beras (sy xda sukatan yg tetap. Main agak2 je. Anggaran 1 senduk tepung bestari 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras

#5. Pastu amik aym yg dh perap tdi masuk dlm cmpuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul2 sebab kalau buat bnyk2 dia jadi x cntik & tak bersalut. So kene sabarrrrrr masa bedak kan dia.

#6. Masukan aym dh salut tadi dalm minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata & ayam terendam (xperlu gaul2 banyak kali. Biakan dia masak dgn tenang)

*masa goreng dlm periuk or kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jgn bnyk2 sngt. Ikot saiz tmpt masak tu lerrr

#7. Lepas tu dah masak kan agak2 kekuningan. Angkat lerrrr. Lepas tu ngap la 😂

Kredit : Fatihah Tihah

No comments:

Post a Comment