Kek Batik Marie versi saya. Topping dengan Choc Ganache. Sedap. Terasa coklatnya.
Resepi Kek Batik Marie
Bahan A :
2pek biskut Marie (300g)
250g Buttercup
1tin susu pekat
1cawan air masak
6sudu besar serbuk koko
14sudu besar milo
Telur 2biji
Bahan B : (Topping/choc ganache)
1cawan Whipping cream Anchor UHT
100 gram Choc compound
100 gram Dark Choc
1sudu besar butter
Cara cara :
1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Sy guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau2 smpi sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api blk. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat. Dan keluar buih2 maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik. Smpi sekata.
2. Tuang biskut marie dlm loyang 10inci. Lapik loyang dgn plastik.Atau guna loyang yg terbuka bawahnya. Sy lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan2 adunan biskut marie smpi rata. Sejukkan.
3. Sementara adunan tu sejuk buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dlm bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau2 smpi rasa suam masukkan choc. Kacau smpi cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lg. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan 30min.
4. Kemudian tuang atas kek batik td. Dan simpan peti sekurang2 nya 6jam utk dptkan hasil choc yg cantik di atas dan mudah di potong.
Selamat mencuba semua.. Resepi ni adalah resepi sy sendiri yg sy olah sendiri. Doakan semoga rezeki sy trs dimurahkan..
Kredit : Suliza Sadzali
No comments:
Post a Comment