Lemon Custard Cream Bomboloni (Italian lemon cream-filled doughnut) - Bonda

Tuesday, 25 June 2019

Lemon Custard Cream Bomboloni (Italian lemon cream-filled doughnut)




Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk 24 biji:

4 telur grade A
70 g gula
100 ml air
100 g butter pada suhu bilik
650 g tepung gandum
25 g yis
1 biji kulit lemon di parut
1 sudu kecil esen vanila
7 g garam

Caranya:

Campurkan semua bahan ke dalam mixer, putar sebati masukkan butter. Putar sampai adunan menjadi doh yang sekata dan lembut.
Masukkan ke dalam bekas, tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh naik 2 kali ganda selama 2 jam. Canai kan 1 cm tebal dan guna permukaan gelas terap. (Kalau nak buat bulat bulat timbang pun boleh)
Ketepikan dan biarkan naik kira-kira 1 jam Goreng dengan minyak panas, angkat toskan siap. Boleh golek-golekkan dengan gula, tebok lubang guna chopstick, masukkan inti guna decorating bag/tips dan dan isikan donut dengan nutella, jem buah-buahan, kaya atau lemon krim. .

Lemon Custard Cream 

Bahan-bahannya: 

60g tepung gandum
90g gula
160ml susu segar
340ml anchor UHT heavy whipping krim
2 telur grade A
2 biji lemon di parut kulit sahaja

1. Pukul telur dengan gula selama beberapa minit dan masukkan tepung dan kacau
2. Di dalam periuk sederhana besar, masukkan heavy whipping krim, susu dan parutan lemon, kacau sebati
3. Api dapur sederhana besar, guna whisk kacau krim, masak sehingga pekat. Siap, masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan dan sedia untuk digunakan.
Untuk lebih mudah lagi, gunakan sahaja Instant Custard powder dan campur bersama Lemon Paste. 2 bahan sahaja tetapi mudah dan sedap! ^_^

Selamat mencuba!

Resepi dari: Agostina Battle

No comments:

Post a Comment