Bahan A: Bahan Perapan Ayam
1 ekor ayam
2 biji bawang merah/besar
1/2 labu bawang putih
1 inci halia
3 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu jintan manis (dikisar)
1 sudu ketumbar ( dikisar)
Gula &garam secukup rasa.
Bahan B: Kuah Percik
3 biji bawang merah/besar
1/2 labu bawang putih
15 tangkai lada kering/ikut kepedasan(direbus & dikisar)
2 inci halia
3 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1/2 kotak santan
Gula melaka (ikut citarasa)
1/2 kiub ayam
3 sudu sos cili
Gula, garam & perasa
Cara-caranya:
1-Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai.
2-Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam. Kemudian boleh dibakar.
3-Untuk kuah, kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak.
4-Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul2 masak..
5-Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
6-Masukkan 1/2 kotak santan, gula melaka, kiub ayam & 3 sudu sos cili.. Biar sehingga mendidih.
7-Masukkan gula 7 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa..
Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar. Terpulanglah pada selera masing-masing.
Kredit resepi:syieda zulida
No comments:
Post a Comment