Bahan – bahan:
2 biji bawang merah besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 1/2 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
1 senduk penuh cili kering yang telah dikisar
Sedikit belacan
Nota: ikut rasa masing – masing, tak letak pun tak apa, jika letak, masukkan dalam bahan yang dikisar
Ikan pilihan anda
1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1 – 2 kuntum bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya
Cara – cara memasak:
1-Panaskan minyak dan masukkan bahan – bahan dikisar tadi, tumis sampai naik bau.
2-Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sampai pecah minyak.
3-Apabila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa,
4-Tunggu sehingga didih kemudian masukkan bunga kantan/daun kesum
5-Masak sehingga naik bau. Akhir sekali, masukkan seekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.
Nota:
-Boleh letak bendi, tomato.
-Boleh tambah sedikit air sekiranya kuah agak pekat
Siap!
Kredit resepi:tengku roselyza
No comments:
Post a Comment