Resepi Kuih Lompat Tikam Sedap - Bonda

Monday, 17 June 2019

Resepi Kuih Lompat Tikam Sedap


Bahan-bahan :

Lapisan hijau :

2 cawan tepung beras,
3 cawan air,
1 cawan air daun pandan @ pewarna hijau,
½ sudu kecil garam,
1 sudu kecil air kapur.

Lapisan putih :

1 senduk tepung beras (yang ini saya ganti dengan tepung pulut),
2 cawan santan,
½ cawan air,
½ sudu kecil garam.

Pulut merah :

1 cawan pulut direndam 1 jam terlebih dahulu,
½ cawan air,
½ sudu kecil garam,
2 sudu besar gula,
Pewarna merah.

Air nisan (gula melaka) :

2 keping nisan @ gula melaka,
4 sudu besar gula,
1 cawan air.

Cara-cara :

Lapisan hijau :

1-Mula-mula gaul rata lapisan hijau dalam mangkuk kemudian tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi ianya mengalir laju dan tidak melekat pada senduk.
2-Masak dan kacau jangan berhenti sehingga adunan menggelegak dan pekat.
3-Kemudian kecilkan api dan tutup periuk, biarkan selama 5 minit.
4-Lalu buka periuk terus kacau balik dan ulang sehingga adunan berkilat serta mengelembung.
5-Tutup api dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam 3 jam supaya adunan menjadi keras dan senang dipotong.

Pulut merah :

1-Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit hingga naik uap.
2-Tutup api dan angkat.
3-Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang dicampur garam dan gula.
4-Lalu kukus semula dalam 10 minit sehingga naik uap. Angkat dan sejukkan.

Air nisan (gula Melaka) :

1-Masak nisan dan gula sehingga hancur kemudian sejukkan.

Lapisan putih :

1-Masukkan semua bahan.
2-Kacau di atas dapur guna api perlahan sampai pekat.

Cara Menghidang :

1-Potong lapisan hijau dan letak dalam pinggan.
2-Letak sedikit pulut kemudian sendukkn lapisan putih ke atasnya.
3-Akhir sekali tuang gula melaka.

Selamat menikmati.

No comments:

Post a Comment