Bahan-bahan :
Bebola ayam/daging,
1 tin sos bolognese Prego,
½ cawan susu segar,
1 biji bawang holland (potong dadu),
1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu),
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar),
Mozarella cheese.
Cara-cara :
1-Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
2-Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah.
3-Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
4-Jika sudah layu, masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.
5-Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese. Masak sehingga mendidih dan pekat.
6-Terus masukkan ½ cawan susu segar dan lada hitam.
7-Bila sos bolognese sudah masak, terus tuangkan ke dalam aluminium foil sehingga menutupi meatball.
8-Taburkan cheese. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170 °C.
Siap.
No comments:
Post a Comment