Resepi Mashed Potato Ala Kfc Mudah - Bonda

Friday 21 June 2019

Resepi Mashed Potato Ala Kfc Mudah



Bahan – bahan untuk kentang lenyek:

3 biji kentang
5 sdb susu segar @ full cream
1 sdb butter
Serbuk lada hitam
Lada sulah
Oregano flakes (optional)
Bahan – bahan untuk sos gravy:
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bwg putih (dipotong dadu)
2 sdb butter
2 sdb tepung gandum @ jagung
1 kiub ayam
1sdb sos tiram
1sdb kicap manis
Serbuk lada hitam dan sulah
1/2 cawan air

Cara – cara memasak:

Kentang lenyek:

1-Kentang direbus bersama air sehingga kentang tenggelam. Sebelum itu, cucukkan kentang itu supaya cepat empuk. Potong kecil supya cepat empuk, terpulang kepada anda.
2-Rebus sehingga 20 minit, kemudian angkat dan toskan.
3-Masukkan butter kedalam kentang dan lenyekkan.
4-Masukkan oregano flakes, lada sulah dan lada hitam mengikut kepada citarasa anda.
5-Tuangkan susu sedikit demi sedikit. (Nota: Fungsi susu adalah untuk melembutkan mashed potato)
Lenyek sehingga sekata.
Siap!

Sos gravy:

1-Cairkan butter didalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkannya ianya caramelized.
2-Masukkan tepung gandum dan tumis sehingga tepung kecoklatan.
3-Apabila anda masukkan tepung, ianya akan menjadi pekat. Jadi, masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4-Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap manis dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukupnya.
5-Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
6-Kacau sehingga rata dan tutup api.
7-Sos ini akan berketul jadi kisarkan ia sehingga tidak berketul. (Nota: Pastikan anda kisar semasa suam dan bukannya semasa panas!)
8-Masukkan dalam periuk sos tadi dan kacau semula.
Siap!

No comments:

Post a Comment