Mee Kuning 450 g (5 orang makan)
Lada kering *
Bawang merah *
Bawang putih *
Nota: Bahan yang bertanda asterisk (*) haruslah dikisar bersama
Sayur sawi
Taugeh
Fish cake dan fish ball
Sotong atau udang
Telur 2 biji
Kicap (6 sudu besar)
Sos seafood adabi (2 sudu besar)
Sos cili (2 sudu besar)
Perencah Maggi Kari (setengah paket)
Garam (secukup rasa)
Cara – cara memasak:
1-Tumis lada kering yang telah dikisar hingga garing.
2-Masukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggi kari dan sedikit air.
3-Masukkan sotong atau udang atau kedua – duanya sekali dan fishcake atau fishball.
4-Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh dan kemudian masukkan 2 biji telur Gaul sebati sehingga masak.
5-Siap! Sedia untuk dihidang dan ngap!
Kredit resepi:siti norain
No comments:
Post a Comment