Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan santan - kisarkan segenggam kelapa parut dan 4 helai daun pandan (potong2) dgn 1 cawan air.. Tapiskan untuk dapatkan 1 cawan santan tadi
.
2 biji telur gred B
1 sudu kecil ovellet (penuh)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
1 biji kelapa parut putih + sedikit garam + 1 sudu tepung gandum/tepung ubi.. Gaul sebati
Cara-Cara :
▶Mixer gula dgn telur hingga kembang (nampak putih) berhenti sekejap
▶Masukkan ovellet, esen vanilla dan pewarna hijau..sambung mixer hingga rata..tuang santan berselang seli dgn tepung sehingga habis
▶Panaskan kukusan hingga betul2 mendidih..acuan sapu minyak..masukkan kelapa tadi dlm acuan..tekan kemas
▶Tuang adunan penuh sama paras acuan..air betul2 mendidih..kukus selama 15 minit..api sederhana besar
▶Agak2 dah suam..boleh keluarkan kuih dari acuan
P/s:**kalau nak tambah sedikit baking powder pun boleh.. Tapi akak mmg tak letak pun **boleh guna santan kotak
No comments:
Post a Comment