Resepi Kuah Mee Kari Meletop Mudah - Bonda

Sunday 7 July 2019

Resepi Kuah Mee Kari Meletop Mudah


Bahan-Bahan:

3-4 labu bawang merah besar
5-6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil, lepas tu lumur dengan serbuk kunyit)
40-80g kerisek (peket kecil)
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2batang serai (diketuk)
1/2 cawan air asam jawa
1 senduk cili kisar (wajib letak)
2-3 peket kecil serbuk kari daging (adabi/maksiti)
100ml santan pekat (kara atau ayam brand 200ml)
Kiub ikan bilis, kiub ayam , garam.
Air secukupnya
Kentang/lobak merah (optional)

Bahan Lain:

Sayur sawi
Taugeh
Mee kuning
Fish ball
Fish cake
Tauhu pop
Daun sup, bawang goreng
Telur rebus

Cara Masak:

1. Kisar bawang merah, putih, halia. Tumis bahan kisar tadi bersama serai, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga. Agak kekuningan dan naik minyak, masukkan cili kisar 1 senduk kuah sahaja ye.

2. Tumis sehingga pecah minyak, seterusnya masukkan rempah kari daging, bila kering tambah sedikit sahaja air, perlahankan api, biarkan dia mendidih dan pecah minyak dengan sempurna.
3. Masukkan kentang, lobak merah, beserta ayam yang dilumur dengan kunyit tadi. Biarkan sehingga mesra. Bila dah kering tambah sedikit lagi air, api masih perlahan ye jangan kuatkan api dapur, kalau nak kuahnye masak dengan cantik dan sempurna.

4. Bila kentang, lobak merah, dan ayam dah masak, kuah mendidih elok, kacau perlahan masukkan air asam, masukkan sebungkus kerisek, dan juga santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jangan letak berlebihan nanti kuah agak pucat. Kuah pekat, tambah air agak-agak sahaja. Jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat.

5. Masukkan kiub ikan bilis, ayam, dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu pop, fish ball, fish cake, sayur sawi dan didihkan dia dalam 5 minit lagi baru tutup api.

Kredit resepi: Tengku Roselyza


No comments:

Post a Comment