Resepi Kek Gulung Mudah - Bonda

Sunday, 7 July 2019

Resepi Kek Gulung Mudah


Bahan-Bahannya:

10 biji kuning telur A
3 biji putih telur A
100 gm gula castor
50 gm tepung gandum
15 gm tepung jagung
15 gm susu tepung (Nespray)
130 gm butter cair
1 sdm susu pekat manis
Inti sesuai selera (jem nenas, cream cheese, jem strawberry, coklat, buttercream)
Kek gulung yang hijau saya pakai extract pandan 2 sudu makan.

Cara Buat:

1. Panaskan oven 180°c api atas bawah (bahagian ni kena jaga ya pastikan faham perangai oven masing-masing). 2. Pukul telur dan gula sehingga mengembang sekitar 10 minit. Masukkan tepung gandum, susu serbuk, tepung jagung yang sudah diayak.

3. Pukul dengan speed paling rendah sehingga sebati cukup hingga sebati sahaja jangan lama.
4. Matikan mixer, masukkan butter cair. Aduk balik menggunakan spatula sahaja sehingga sebati.

5. Tuang dalam loyang 30×30 yang sudah dialas menggunakan baking sheet. Bakar sekitar 20 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.

6. Setelah kek masak, letak kek diatas kertas penggulung (baking paper) tunggu dalam dua minit lalu isikan dengan inti. gulung dengan perlahan bersama baking paper dan biarkan sehingga set supaya bentuk gulungan tak berubah.

Kredit resepi:Julislie

No comments:

Post a Comment