Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung atta (Boleh didapati di pasaraya)
25 gm marjerin
1 sudu makan minyak
125 ml susu segar
250 ml air
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan-bahan tersebut dalam bekas adunan. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh. Biarkan selama setengah jam.
2. Bulatkan kecil-kecil sebesar bola pingpong. Kemudian leperkan. Taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat.
3. Panaskan kuali tanpa menggunakan minyak. Goreng capati tadi sehingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.
4. Akhir sekali, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Enak dimakan bersama kari atau kuah dhal
No comments:
Post a Comment