2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (saya guna santan kotak)
2 biji telur
10 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya (untuk inti)
Garam secukup rasa (untuk rsa lemak masin)
Sedikit minyak masak (untuk dilenser pada acuan)
Cara-Cara:
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya). 3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaan acuan dengan tudung atau penutup periuk. Masak hingga kuih tidak melekat bila disentuh atau lekang daripada acuan.
4. Berhati-hati semasa nak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Selamat mencuba.
Resepi Kuih Cara Manis Pandan
Resepi Oleh: Wirawati Negara
No comments:
Post a Comment