Resepi Roti Puri Bersama Tips Tuan Hj Mamak Haji - Bonda

Tuesday 10 September 2019

Resepi Roti Puri Bersama Tips Tuan Hj Mamak Haji




Bahan-bahan

2 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu Besar Minyak Masak
1/4 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Kecil Susu Tepung (Jika Ingin Puri Lembut Dan Berlemak)
1/2 Sudu Kecil Gula
150ml Air Suam
1 Sudu Besar Tpg Suji**

Menghasilkan 10 biji roti puri

Cara-cara :

1. Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua hingga rata.
2. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh seperti doh capati.
3. Tutup dengan kain lembab selama 20 minit.
4. Bahagi doh seberat 50gm, bentukkan menjadi bebola yang sama saiz.
5. Titis minyak masak atas papan canai supaya tidak melekat dan canai nipis dan bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati.
6. Panaskan minyak dan goreng puri. Bila puri terapong, tekan sedikit ke dalam minyak dengan sudip supaya puri mengelembong dengan baik.

Tips menyediakan Puri Terbaik : Tuan Hj Mamak Haji

Doh tepung puri yang telah diuli perlu diperam selama 20 minit disalut dengan kain lembab sebelum dikepingkan.

Bila membuat kepingan puri jangan ditindih satu sama lain. Gorengan puri perlu lakukan satu persatu. Meleperkan puri, gunakan sedikit minyak di atas permukaan papan canai dari menggunakan tepung untuk mengelakan melekit dipemukaannya.

Ini rahsia membuat puri yang lembut dan mengekalkan gelembung dalam keadaan panas dan sejuk. Semasa mengadunkan tepung gandum tambahkan 1 sudu besar tepung suji bersama dengan tepung gandum. Tepung suji kemampunan mengekalkan gelembung puri .

Minyak gorengan puri perlu panas yang cukup semasa gorengan. Minyak yang kurang panas akan menyerapkan minyak berlebihan dalam puri. Biasanya minyak panas perlu
berada 375 F – 400F. Paras minyak dalam kuali perlu berada 3 inci untuk puri mudah terapong.

Selepas masukkan puri yang perlu digoreng, beri sedikit tekanan dengan sudip ke atas gelembung pertama yang dihasilkan, supaya gelumbung keseluruhan di perolehi dengan baik. Puri yang baik adalah lembut, begelumbung sempurna dan ringan.

Roti Puri enak di cicah bersama Alu Gabi, Kuah Kari atau Sambal Bilis ..

Berminat nak jadi Usahawan Buku? Klik link DI SINI

No comments:

Post a Comment