12 Tips dan Petua Membuat Biskut Supaya Rangup dan Enak - Bonda

Tuesday, 10 September 2019

12 Tips dan Petua Membuat Biskut Supaya Rangup dan Enak



Membuat biskut tidaklah begitu rumit, ikutlah sukatan dan cara yang betul jika tersalah adun pun masih lagi boleh di perbaiki jika terlebih tepung tambahkan mentega dan jika terlebih mentega pula tambahkan saja tepung mengikut keperluan.

Di sini, bondakids kongsikan petua membuat biskut supaya menjadi rangup dan enak.

1. Mentega

Guna mentega tulin seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis Pure Butter atau lepa susu seperti Buttercup. Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.

2. Kekacang Semua biskut yang menggunakan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak, cara ini biskut lebih ranggup dan tahan lebih lama. Bagi kekacang seperti walnut, pecan, pistachio,macadamia tak perlu di bakar kerana kekacang jenis ni agak berminyak apabila di bakar. Boleh terus di campurkan ke dalam adunan biskut.

3. Mengaul dan Menguli Adunan Untuk mendapat hasil yang baik biarkan mentega dan telur pada suhu bilik. Jangan pukul mentega dan gula berlebihan, cukup hingga
berkrim sahaja (apabila mentega bertukar warna lebih cerah). Terlebih pukul menyebabkan adunan menjadi lembut dan biskut mengembang apabila di bakar.

Seeloknya tepung dan bahan-bahan kering di letakkan dalam satu mangkuk besar berasingan. Apabila siap memukul mentega, masukkan ke dalam bahan-bahan kering tadi dan gaul ringan menggunakan tangan hingga menjadi doh.

4. Merehatkan Adunan

Apabila adunan biskut telah siap, simpan dulu di dalam peti sejuk sekurang-kurang 3-4 jam atau semalaman. Cara ini menjadikan biskut lebih ranggup. Setelah di keluarkan dari peti sejuk adunan mungkin agak kering sedikit tetapi jangan risau, tambahkan sedikit mentega dan uli semula hingga lembut.

5. Lain-lain Bahan Meranggupkan biskut Tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, tepung kentang juga memainkan peranan dalam meranggupkan biskut, jika ingin menambahkan tepung-tepung ini kurangkan sukatan pada tepung gandum. Serbuk Emplex dan Crisco (lemak sayuran,shortening) juga berfungsi meranggupkan biskut tetapi jangan guna terlalu banyak, ikut sukatan pada resipi.

6. Adunan yang menggunakan Bijirin

Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti oats, nestum, corn akes, wheat, adunannya mestilah lembut kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah di rehatkan, menambahkan tepung boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras.

7. Adunan yang menggunakan Nozzle Adunan yang menggunakan nozzle mestilah lembut dan senang di picit. Gunakan piping bag yang tebal dan muncung nozzle yang sesuai untuk menekan adunan keluar.Hanya adunan yang lembut dan plain, tidak bercampur kekacang, raisins dan bahan lain yang mudah di picit keluar.

8. Dulang Pembakar

Guna dulang pembakar dengan tepinya yang rendah untuk memudahkan aliran haba dari oven ke atas biskut.

9. Menguji Biskut

Untuk menguji biskut samada telah masak atau tidak, tolak biskut dengan garpu dan jika boleh bergerak, tidak melekat di dulang pembakar dan tidak pecah bolehlah di angkat, biskut agak lembik apabila baru di keluarkan dari oven tetapi akan mengeras dan ranggup apabila telah sejuk.

10. Menyimpan Biskut

Biarkan biskut betul-betul telah sejuk, baru di masukkan ke dalam bekas kedap udara, biskut juga boleh di bekukan di tempat freezer dengan membalutnya dengan aluminium foil dan menyimpannya dalam bekas kedap udara. Apabila hendak di gunakan lembutkan dahulu pada suhu bilik dan bakar semula selama 5-8 minit.
Jangan menyimpan biskut yang berlainan dalam satu bekas kerana biskut akan menyerap antara satu dengan yang lain. Guna satu jenis untuk satu bekas. Jika biskut menjadi lembut, bakar semula pada suhu 150C selama 5-8 minit.

11. Jangka Hayat Biskut

Biskut tanpa pengawit boleh bertahan selama 3 bulan. Biskut yang menggunakan pengawit seperti Potasium Sorbate dan Sodium Benzoil boleh tahan sehingga setahun.

12. Penggunaan Pengawet Dalam Resipi

Sukatan pengawet bergantung kepada berat bahan dalam resipi. Setiap Kg bahan guna hanya 10 miligram pengawet atau secubit saja. Penggunaan yang tidak betul dan berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Bagi peniaga atau pengilang, biasanya mereka meletakkan pengawet untuk memastikan produk lebih tahan lama. Sekiranya produk tersebut di jual dalam tempoh kurang dari jangka hayat biskut atau untuk kegunaan sendiri, tidak perlulah di masukkan bahan pengawet. Pengawet di masukkan sekirannya kuantiti produk yang dihasilkan banyak dan di jual melebihi tempoh jangka hayat.

Sebagai alternative, anda boleh menggunakan oxygen absorber dan anti mold sticker (anti kulat) yang boleh di dapati di kedai bekalan bakery. Oxygen absorber biasa di jual dalam bentuk pack kecil dan anti mold dalam bentuk sticker atau kepingan. Ia akan di letak dalam bungkusan atau container yang mengandungi bahan mentah atau produk yang telah siap.

Kredit : Kak Wan

Berminat nak jadi USAHAWAN BUKU? Tekan DI SINI. 

No comments:

Post a Comment