Cara Ajar Anak Masa - Bonda

Wednesday 9 October 2019

Cara Ajar Anak Masa



Kenapa Cikgu selalu tanya hari dan tarikh sebelum memulakan kelas? 📅


Ingat lagi tak?


Hal ini kerana, cikgu nak biasakan murid-murid mengenai konsep masa. 🕜🕜


Bagaimana tu?


Disebabkan masa tidak boleh dilihat, disentuh didengar atau dirasai. Ia adalah konsep yang abstrak dan memerlukan kefahaman dan pengalaman untuk dirasai.


Jadi, ia agar sukar difahami oleh kanak-kanak.


Walaupun begitu, kanak-kanak dah boleh memahami masa dengan persekitaran mereka seperti masa mandi, main, makan tenghari dan hari minggu.


Pengetahuan konsep masa ni bergantung pada pengalaman kanak-kanak itu sendiri serta bagaimana mama dan abah menjelaskan kepada mereka.


Jadi, jom kita lihat bagaimana nak jelaskan masa kepada kanak-kanak


1. Menggunakan kelendar 🗓️

Melalui kelendar kanak-kanak boleh belajar mengenai tahun, bulan, hari dan minggu.

🐾 7 hari seminggu
🐾 28-31 hari sebulan
🐾 12 bulan setahun

2. Konsep masa dengan jam & minit

🐾 Kanak-kanak perlu kenal nombor 1-12
🐾 Mahir membilang dari 1-60
🐾 Nombor selang 5 iaitu 5,10,15...60


Di bawah ni adalah antara konsep masa yang ibu dan ayah boleh perkenalkan kepada anak-anak :

1. Konsep masa : 🌞 🌜

pagi, petang, siang, malam, esok semalam, waktu solat; maghrib, isyak, subuh, zuhur & asar

2. Kelendar : 🗓️📆

Hari, bulan, nama hari dalam seminggu, hari lahir

3. Perayaan : 🕌
Hari Raya Puasa, Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali

.

Mak ayah yang nak cari pendapatan tambahan jadi droship buku PTS boleh  klik link https://bit.ly/33JnIIT


Semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment