Cara Tingkatkan Perkembangan Anak Umur 2 Tahun - Bonda

Friday, 8 May 2020

Cara Tingkatkan Perkembangan Anak Umur 2 Tahun



Kadang-kadang sebagai ibu bapa. kita kekeringan idea bagaimana cara untuk buat aktiviti bermain dengan mereka.

Di bawah ni, bonda kongsikan antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh mak ayah di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah sahaja.

Aktiviti untuk anak 2 Tahun


Umur : 2 Tahun

Bahan : Bekas plastik, beras, bekas, barang mainan yang ada di rumah.

Kemahiran yang anak dapat daripada aktiviti ini:

Tingkatkan kosa kata anak
Pengecaman warna
Tingkatkan koordinasi mata tangan melalui pencarian barang tersembunyi.
Menggalakkan perkembangan sensori dan deria anak.

Cara : 


Ibu menyediakan bahan di atas, ibu meletakkan bahan di atas.
Ibu sorokkan bahan di atas di dalam beras.
Ibu menyuruh anak mencari bahan yang tersembunyi tadi.
Ibu membimbing anak menyebut barang-barang yang dijumpaai oleh anak-anak.

Selamat Mencuba

Nota : Nak dapatkan produk pendidikan awal kanak-kanak, boleh Whatsapp bonda di 0162558400

No comments:

Post a Comment