Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek! - Bonda

Sunday 5 September 2021

Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!



Bihun goreng antara menu kegemaran ramai dan cukup mudah disediakan. Sesuai dinikmati ketika

sarapan pagi mahupun minum petang. Jika selalu bihun goreng yang disediakan ‘meriah’ dengan

pelbagai rencah, sos dan sayur-sayuran, namun resipi viral Bihun Goreng Udang Kering resipi arwah Tok Nek ini luarbiasa sedapnya. Meskipun hanya menggunakan bahan asas dan ringkas tanpa sayursayuran. Ramai yang telah mencuba resipi viral ini, dan mengakui kesedapan bihun goreng ini.


Boleh cuba kelainan bihun goreng udang kering seperti yang dikongsikan oleh arwah Tok Nek, Mohd Shukur Mohd Shukur ini.


HARI INI SAYA MASAK BIHUN YANG AGAK MEWAH PADA ZAMAN ARWAH TOKNEK SAYA. BIHUN YANG AGAK RARE PADA ZAMAN DIA, PENUH AROMATIK YANG PENTING AUTHENTIC RESIPI DARI ARWAH TOK NEK SAYA


Maybe sama pembuatannya dengan sesetengah orang kat sini, tapi bagi saya ni lah makanan yang arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu. Kami memang rapat dari saya kecik, boleh dikatakan 60% saya duduk dengan arwah Tok nek dan arwah Tok saya berbanding dengan family, sebab arwah

ayah saya dulu berniaga kedai makan.


Di sini saya lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni. Semoga menjadi asbab

mengalirnya pahala kepada arwah-arwah yang telah kembali menemui pencipta-NYA.


Maybe sama pembuatannya dengan sesetengah orang kat sini, tapi bagi saya ni lah makanan yang arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu. Kami memang rapat dari saya kecik, boleh dikatakan 60% saya duduk dengan arwah Tok nek dan arwah Tok saya berbanding dengan family, sebab arwah ayah saya dulu

berniaga kedai makan.


Di sini saya lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni. Semoga menjadi asbab mengalirnya pahala kepada arwah-arwah yang telah kembali menemui pencipta-NYA.


BIHUN GORENG UDANG KERING


Bahan-Bahan:


1 Peket Bihun (Rendam Air Biasa)

Sepeket Kecil Udang Kering

*3 Biji Bawang Rose

*2 Ulas Bawang Putih

* 4 tangkai Cili Kering

* Belacan Bakar (Sikit Saja)

* Asam Jawa (Sebesar Duit 20 Sen)

12 Sudu Teh Gula

2 Sudu Teh MSG

½ Sudu Teh Garam x 7

½ Sudu Teh Serbuk Kunyit


Cara Membuat :


1. Bakar Belacan.

2. Blender bahan yang bertanda* sampai hancur (Air jangan banyak)

3. Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik

bau.

4. Masukkan perasa, tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.

5. Kacau sebati bihun, buka api perlahan untuk dapatkan hasil bihun tak hancur. Biar bihun jadi lembut

sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.

6. Nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.


Siap!

No comments:

Post a Comment