Masak NASI Putih Lebih Sedap, Wangi, Elok Cantik Berderai, Letak 3 Bahan Ni - Bonda

Sunday 5 September 2021

Masak NASI Putih Lebih Sedap, Wangi, Elok Cantik Berderai, Letak 3 Bahan Ni



Jika selalu kita makan nasi putih di kedai atau waktu kenduri, memang ada berbeza rasanya. Rasa

lebih sedap tak macam kita masak sendiri di rumah.


Rupanya nak masak nasi putih yang rasanya

lebih sedap, wangi dan elok cantik berderai hasilnya ada caranya yang tersendiri.


Ini tip dan bahan rahsia yang dikongsikan oleh Chef Ahmad Shukri Amiruddin sendiri

sebagai panduan.


Malam ni orang rumah sibuk. Saya dengan rela paksa masak nasi putih. Masak nasik putih ni pun adarahsia besar. Bukan masak begitu saja.


Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.


Saya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakkan kedai2 nasi campur dan juga

nasi lauk kenduri kawin. Kadang-kadang bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Lepas tu

orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi.


Baca Bismillah & Selawat


Perkongsian ilmu pengasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat semasa basuh  beras. Ikutklah berpa kali nak baca. 


Masukkan Garam, Minyak Daun Pandan


Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak2 supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa


Apa tujuannya?


MINYAK BERFUNGSI SUPAYA NASI TIDAK MELEKAT DAN SENTIASA BERDERAI. GARAM PULA UNTUK BAGI

NASI PUTIH ADA ” RASA” BILA KITA MAKAN BEGITU SAJA ATAU DENGAN LAUK BERKUAH. DAUN PANDAN SUPAYA NASI WANGI SATU DAPUR BILA DAH MENDIDIH.

KALAU MASAK NASI SELAIN NASI PUTIH : NASI TOMATO, NASI MINYAK DLL. IKUTLAH CARA INI BESERTA MASUKKAN 3 ATAU 4 KETUL GULA BATU BERTUJUAN MENGILATKAN NASI SUPAYA LEBIH CANTIK.


Inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak. Saya redha kalau lepas ni ada yang pm saya kenapa ” bodoh sangat” bagitau rahsia ni. Tujuan saya ilmu yang diamalkan, saya akan dapat pahala berterusan. Tak salah kan?:- Chef Shukri.



No comments:

Post a Comment