Perbezaan antara Taska dan Tadika Yang Perlu Ibu Bapa Tahu - Bonda

Thursday, 26 October 2017

Perbezaan antara Taska dan Tadika Yang Perlu Ibu Bapa Tahu


Masyarakat mula sedar akan peri pentingnya pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini. Namun begitu, masyarakat masih keliru antara taska dan tadika yang sedia ada dalam industri pendidikan. Bukan itu sahaja, terdapat lagi berapa term yang diguna pakai pada masa sekarang seperti seperti nursery, preschool, kindergarten, dan pusat jagaan kanak-kanak. 
Mengikut pengalaman bonda dalam pendidikan awal kanak-kanak dan hasil daripada pembacaan term-term itu membawa maksud yang berlainan dari segi objektif dan matlamat yang ingin dicapai oleh seebuah taska dan tadika itu sendiri. 
Perbezaan antara TASKA dan TADIKA
1. TASKA
  • Taska yang bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak.
  • Menjadi pusat asuhan kanak-kanak yang berumur 4 tahun kebawah.
  • Menfokuskan kepada asuhan dan penjagaan anak-anak tetapi berbeza mengikut premis. Terdapat juga pendidikan yang ditawarkan mengikut premis. (Tips: Ibu bapa perlu tanya pengurus premis program yang ditawarkan di premis mereka)
  • Taska di rumah di bawah 10 orang anak jagaan. 
  • Taska institusi 10 orang atau ke atas. 
  • Pengasuh atau pendidik di Taska wajib ada Sijil PERMATA. Dulu dikenali sebagai KAAK (Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak)
  • Taska dikawal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
2. TADIKA
  • Tadika adalah singkatan daripada Taman didikan kanak-kanak. 
  • Tadika juga dikenali sebagai preschool, kindergarten.
  • Kanak-kanak yang dibenarkan masuk ke tadika adalah berumur 4 tahun hingga 6 tahun. 
  • Menyediakan kurikulum, modul dan silibus yang berbeza antara tadika. 
  • Terdapat pelbagai pendekatan bahasa yang digunapakai dalam sistem tadika. Namun, bahasa Melaysia wajib diajar kepada kanak-kanak. 
  • Tadika dikawal oleh 3 Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Jabatan Perpaduan Negara. 
    Kesimpulannya, ibu bapa perulah bijak memilih tadika dan taska dalam menempatkan anak-anak masing-masing. 
    .

    Ikhlas, 
    Bonda, Bondakids

    No comments:

    Post a Comment