Baca buku cerita dengan suara kuat (read aloud) adalah salah satu perkara penting yang perlu dibuat oleh ibu bapa bersama anak-anak. Selain menitikberatkan penjagaan kesihatan dan keselamatan mereka sahaja.
Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa membaca pada peringkat awal bersama anak-anak dapat menggalakkan mereka untuk bercakap, berinteraksi serta merapatkan hubungan antara ibu bapa atau penjaga mereka.
Selain itu juga, baca dengan kuat membolehkan mereka memahami dunia di sekeliling mereka dan memupuk mereka mengenai sifat simpati dan empati dalam diri mereka. Baca dengan kuat merupakan satu pengalaman yang berharga bagi anak-anak. Baca buku dapat berlaku semasa proses masa bercerita, dan cirle time.
Antara tips yang berguna semasa sesi bercerita kepada anak-anak adalah (read aloud).
*********************************
1. Rancang masa yang cukup untuk setiap sesi bercerita kepada anak-anak (15 hingga 20 minit).
- Beri masa kepada anak-anak untuk menghayati perjalanan cerita yang disampaikan
2. Pilih cerita atau teks yang dapat memberi minat dan pengalaman kepada kanak-kanak
- Pilih buku cerita yang mengandungi gambar dan berinteraktif. Ia dapat menggalkkan minat mereka.
3. Baca buku terlebih dahulu sebelum anda membaca kepada kumpulan kanak-kanak
- Dapat menarik minat mereka melibatkan diri semasa proses bercerita berlangsung seperti soal jawab dan reaksi mereka.
4. Perkenalkan buku kepada anak-anak
- Perkenalkan muka hadapan buku kepada anak-anak seperti gambar muka hadapan, beritahu tajuk cerita, serta cuba tanya mereka mengenai gambar buku tersebut.
- Selain itu, cuba kaitkan dengan pengalaman mereka.
- Anda juga boleh cuba terangkan kenapa anda memilih buku tersebut untuk bercerita contohnya, "Hari ni, bonda nak cerita pasal Upin Ipin di Zoo....". "Sebabnya minggu hadapan kita akan ke Zoo Negara..... " Cuba kaitkan dengan pengalaman mereka.
5. Baca bersama gaya bahasa yang betul
- Nada suara yang melambangkan personaliti karakter dalam buku.
- Jangan baca terlampau laju.
6. Bagi kanak-kanak masa untuk mendengar cerita dan respon semasa proses penceritaan
- Biarkan anak-anak lihat gambar buku, beri idea mereka, komen, dan bertanya soalan kepada amda.
7. Galakkan ramalan
- Tanya soalan kepada anak anak apa yang berlaku lepas ni.
- Terangkan balik mengenai ramalan yang mereka buat.
8. Lihat eksperesi muka anak-anak semasa bercerita
- Tengok muka mereka samada mereka bosan atau gembira
9. Simpan 3 minit terakhir untuk bertanya soalan (penutup)
- Tanya soalan terbuka kepada anak-anak iaitu soalan yang membolehkan mereka menjawab panjang. Bukan jawapan ya atau tidak. Contohnya bagaimana Upin Ipin hendak keluar dari hutan......?
- Terapkan nilai dalam diri anak-anak.
Kesimpulannya, bacalah buku untuk anak-anak kerana mereka suka apabila kita bercerita kepada mereka dengan gaya yang betul.
.
Love,
Bonda, Bonda Kids
Sumber : Readingrockets
No comments:
Post a Comment