RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Modul
Bertema Sains (BM)
Tunjang
Sains dan Teknologi-Awal Sains
Fokus
(ST 2.0) Kemahiran Saintifik
Standard Kandungan
(ST 2.1) Membuat pemerhatian ke atas objek atau fenomena alam di persekitaran
Standard Pembelajaran
(ST 2.1.6) Memerhati dan mengenalpasti bentuk-bentuk di persekitaran.
Tema
Kemudahan Awam
Sinopsis Aktiviti
Guru menunjukkan video kemudahan awam kepada murid-murid. Guru menyatakan bentuk-bentuk yang terdapat di kemudahan awam. Guru menyuruh mereka ke hadapan untuk melekatkan gambar dengan bentuk yang sesuai. Selepas itu, guru melakukan aktiviti melekat bentuk di lakaran bas yang bercetak.
Aktiviti
Melekatkan gambar bentuk yang sesuai dengan kemudahan awam yang diberikan dan menampal bentuk di lakaran gambar kemudahan awam (bas).
Pengetahuan Sedia Ada
Bentuk bulat, empat segi tepat, empat segi sama dan segi tiga.
Hasil Pembelajaran
Murid dapat mengenalpasti bentuk-bentuk di persekitaran seperti bulat, empat segi tepat, empat segi sama dan segi tiga.
Bahan
Kad bergambar, kad (bentuk), laptop, video kemudahan awam, dan lembaran kerja.
Penerapan Nilai
Yakin diri, bertolak ansur dan sabar
Langkah/Masa |
Aktiviti/Kandungan |
Hasil Pembelajaran Aktiviti |
Bahan Bantu Mengajar/Catatan |
Set induksi
(5 minit)
|
1.
Guru menanyangkan
video kemudahan awam.
|
1.
Murid menonton
video kemudahan awam
|
·
Video kemudahan
awam
·
Laptop
|
Langkah 1
(10 minit)
|
1.
Guru menunjukkan
kad bergambar ( kereta api, perpustakaan, taman permainan dan lain-lain)
kepada murid.
2.
Guru memberitahu
bentuk-bentuk asas seperti bulat, segi empat tepat, segi empat sama, segi
tiga dan bulat.
3.
Guru menerangkan
bentuk yang terdapat pada kemudahan awam
4.
Guru bertanya
kepada murid bentuk yang dapat dilihat di dalam gambar tersebut (kereta api
& bus (empat segi empat).
|
1.
Murid melihat kad
bergambar.
2.
Murid menyatakan bentuk yang dilihat (bulat,
empat segi, empat segi tepat, segi tiga)
3.
Murid menjawab
soalan guru.
|
·
Kad bergambar
·
Kad-bentuk
|
Langkah 3
(10 minit)
|
1.
Guru melekatkan
kad bergambar di atas papan putih dan menyesuaikan dengan bentuk yang sama
dengan kemudahan awam tersebut.
2.
Guru memanggil
seorang murid ke hadapan dan menyesuikan kemudahan awam dengan kad-bentuk
yang sama.
3.
Selepas itu, guru
mengedarkan bahan-bahan yang akan digunakan dalam aktiviti
4.
Guru menunjukkan
cara menggunting dan menampal bentuk-bentuk yang perlu ditampalkan di lakaran
bas.
5.
Guru memantau
aktiviti murid.
|
1.
Murid
menyesuaikan kad bergambar dengan kad-bentuk.
2.
Murid-murid
menerima bahan-bahan yang akan digunakan.
3.
Murid-murid
melihat cara guru menggunting bentuk dan menampal kertas membentuk sebuah
bas.
4.
Murid-murid
melakukan aktiviti.
|
·
Kad bergambar
·
Kad-bentuk
·
Kertas lakaran
bas
·
Kertas warna
·
Gam
·
Gunting
|
Penutup
(5 minit)
|
1.
Guru meminta
pandangan dan menjelaskan pengajaran disebalik aktiviti yang dijalankan.
|
1.
Murid dapat
memberi pendapat mengenai aktiviti yang dibuat.
|
Refleksi/impak:
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Penilaian guru:
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
IKHLAS, BONDAKIDS
No comments:
Post a Comment