Resepi Kek Coklat Kukus Lembab Guna Sukatan Cawan dan Blender - Bonda

Monday, 23 April 2018

Resepi Kek Coklat Kukus Lembab Guna Sukatan Cawan dan Blender


Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

    Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus

    1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin dan serbuk koko ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
    2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
    3. Pukul telur dan esen vanilla hingga kembang (Bonda guna blender senang sikit, telur dapat kembang dengan cepat). Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
    4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
    5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat. (Kalau dah terror dalam membuat kek ini, boleh teruskan panaskan air terus sebelum membuat adunan kek)
    6. Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil atau balut dengan menggunakan kain di bahagian penutup pengukus supaya air wap tidak terkena pada kek.
    7. Kukus kek selama 1 jam.


      1 cawan susu pekat manis
      1 sudu makan serbuk koko
      2 sudu mentega

      Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

        Selamat Mengukus :)

        No comments:

        Post a Comment