Ayam Masak Merah - Bonda

Friday, 29 June 2018

Ayam Masak Merah



Bahan-bahan diperlukan:


  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar 

  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

Bahan untuk hiasan

  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya (Optional)


Cara menyediakan dan memasak:


  1. Bersih ayam. Potong mengikut kehendak masing-masing. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
BACA JUGA : Lala Goreng Berlada


No comments:

Post a Comment