Biskut Cornflake Madu Coklat Cip Kegemaran Ramai - Bonda

Sunday 3 June 2018

Biskut Cornflake Madu Coklat Cip Kegemaran Ramai




Sempena menyambut Hari Raya yang bakal kunjung tidak lama lagi. Ramai yang tercari resipi-resipi mudah dan senang untuk dijadikan hidangan pada hari raya nanti. 
Biskut cornflake madu coklat cip antara biskut yang senang dibuat. Selain itu, anak-anak pun laju je makan :) 

Bahan-bahan diperlukan:

  • 100 g mentega 
  • 50 g gula kastor 
  • 8 sudu makan madu 
  • 200 g cornflake mini
  • 100 g coklat cip (optional, tak nak letak pun takpa)
  • 100 g badam cencang kecil (dipanggang) 
  • Acuan kertas kecil secukupnya (bonda suka menggunakan kertas warna hitam, nampak elegent gitu)
  • 100 g manik warna-warni

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan mentega, gula kastor, madu sehingga mentega cair dalam anggaran 5 minit. Tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk. 
  2. Masukkan semua bahan cornflake mini, coklat cip dan badam cenacang ke dalam mangkuk tadi. Gaul rata. 
  3. Sudukan ke dalam acuan kertas kecil. 
  4. Hiaskan dengan manik warna-warni. 
  5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 8-10 minit. 
  6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment