Lempeng Pisang Berangan - Bonda

Sunday 3 June 2018

Lempeng Pisang Berangan




Pisang membuat pelbagai kebaikan yang terkandung di dalamnya. Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa pisang mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisang amat ideal sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengaliami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.

Selain itu, pisang juga boleh dimasak dijadikan pelbagai menu seperti pengat, sira pisang, murtabak, roti canai dan lain- lain. Antara masakan yang paling senang dan mudah dibuat adalah lempeng pisang. Lempeng pisang ini boleh dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Malah boleh juga dijadikan sebagai pembuka selera semasa bulan ramadan. 

Bahan-bahan diperlukan:


  • 7 biji pisang berangan 
  • 1 cawan tepung gandum (Diayak) 
  • ½ sudu teh garam 
  • 2 sudu makan gula

Cara menyediakan dan memasak:


  1. Pisang dilenyek sehingga hancur di dalam mangkuk. 
  2. Masukkan gula dan garam. Kacau rata
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau rata lagi. 
  4. Panaskan kuali non-stick dengan api paling kecil. 
  5. Letakkan 1 senduk adunan dan ratakan sedikit. 
  6. Tutupkan kuali non-stick dan terbalikkan apabila kelihatan kekuningan. 
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.


No comments:

Post a Comment