Bubur Kacang Hijau Dengan Durian - Bonda

Sunday, 3 June 2018

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian



Tak lengkap rasanya kalau masak bubur kacang tanpa durian. Durian menjadi penambah perasa bagi bubur kacang. Namun begitu, ia adalah mengikut selera masing-masing. Bagi Bonda, durian di dalam bubu kacang adalah terbaik. Ia menyedapkan rasa bubur tersebut dan menaikan aroma masakan.  

Namun begitu, terdapat juga bubur kacang yang dengan mencampurkan dengan bahan lain seperti sagu. 

Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 gm kacang hijau
  • Santan (1 biji kelapa) 
  • 3 senduk gula merah (boleh juga menggunakan gula biasa)
  • 1 biji durian (ambil isi nya sahaja. Buang biji)
  • Secubit garam (untuk menambahkan rasa lemak berkrim bubur)
  • 2 helai daun pandan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus kacang sampai betul2 kembang (kacang kelihatan pecah-pecah). Buang air rebusan yang pertama. Hal ini demikian kerana bagi memastikan air rebusan kacang yang pahit tadi hilang.
  2. Rebuskan semula kacang tersebut sampai empuk. 
  3. Masukkan santan serta buah durian yang telah diperisi isi nya sahaja. Biji durian perlu dibuang agak rasa bubur nanti tidak lebih kaw. 
  4. Kacau sehingga masak. 
  5. Sedia untuk dihidang.
Jom cuba buat Mango Float


No comments:

Post a Comment