Menurut suami suspek, isterinya sering termenung dan kerap mendengar suara orang berbisik kepadanya sejak Mei lalu. - Gambar hiasan |
MARAN: Wanita berusia 31 tahun yang didakwa mengelar leher anaknya sehingga maut semalam, didakwa sering termenung dan mendengar suara orang berbisik kepadanya sejak Mei lalu.
Suaminya berkata mereka juga sepatutnya keluar berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam di rumah kakaknya di Jengka pada 9 malam semalam, namun peristiwa tragis itu berlaku lebih awal.
Beliau yang berusia 42 tahun dan bekerja sendiri menambah, sempat menidurkan mangsa, anak bongsunya yang berusia setahun tujuh bulan di ruang tamu rumahnya di Felda Jengka 13 di sini, sebelum kejadian berlaku.
"Saya menidurkan anak sambil menonton perlawanan bola sepak di televisyen manakala isteri berada di dalam bilik tidur kerana mengaji selepas selesai menunaikan solat maghrib.
"Memang menjadi kebiasaan, saya akan menidurkan anak dan isteri akan membawa anak masuk ke bilik selepas solat. Saya berasa curiga apabila mendengar suara rengekan anak kerana setahu saya, dia sudah tidur.
Sumber : astroawani
No comments:
Post a Comment