Keletihan boleh terjadi akibat hal-hal yang tidak disedari. Kurang tidur bukan satu-satunya alasan anda kekurangan tenaga. Hal kecil yang anda lakukan (dan tidak lakukan) juga boleh membuat anda letih secara mental dan fizikal. Seringkah anda merasa, ketika baru bangun daripada tidur yang lama tapi merasa tidak memiliki tenaga untuk bangun? Atau anda seringkali melewatkan waktu untuk sekadar latihan treadmill di gim kerana merasa letih sepanjang waktu? Hal itu boleh saja itu merupakan tanda-tanda keletihan.
Anda sudah pasti merasa letih setelah seharian bekerja keras. Tapi yang harus anda sedar, kita juga boleh merasa letih sepanjang waktu, meskipun tidak mengerjakan apa pun. Hal tersebut bukanlah petanda baik. Untuk itu, hal-hal berikut harus anda perhatikan.
1 Melambatkan sarapan
Bila anda melewatkan sarapan setelah 8 jam tidur, sistem tubuh akan mengisyaratkan bahawa anda sedang kelaparan. Tubuh akan melakukan apa sahaja untuk menjimatkan tenaga. Akibatnya, makan siang yang kita santap akan diubah menjadi lemak bukannya pengganti tenaga.
2 Kurang minum air putih
Air adalah sistem pengantara utama tenaga dalam tubuh. Tanpa air, sistem metabolisme tidak akan bekerja dengan baik. Ketika kekurangan air, semua bahagian tubuh, terutama otak tidak mendapat tenaga yang cukup untuk berfungsi.
3 Banyak makan makanan ringan
Makanan ringan memiliki banyak kalori. Jadi, kenapa anda tidak merasa bertenaga setelah mengambilnya? Makanan ringan mengandungi lemak trans yang tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem metabolisme tubuh menjadi tenaga selain sangat minimum kandungan nutrisi.
4 Lambat bersenam
Ternyata, senaman membuat kita merasa lebih bertenaga, dan menghindarkan daripada rasa letih. Bila kita bersenam, peredaran darah dan metabolisme meningkat. Ini membantu setiap sel dalam tubuh untuk mendapatkan tenaga. Sebab itu, berhentilah mencari alasan untuk melambatkan waktu bersenam.
5 Tidur berlebihan
Tidurlah maksimum 8 jam sehari. Anda sebenarnya tidak boleh menggantikan dengan tidur selama 10 atau 12 jam pada akhir bulan. Ketika anda tidur berlebihan, maka sistem tubuh memberi isyarat bahawa ia sedang kelaparan dan mulai menjimatkan tenaga lagi, dengan mengubah makanan menjadi lemak secara langsung.
6 Depresi
Kadang-kadang keletihan disebabkan oleh keadaan fikiran yang bercelaru. Anda merasakan hal-hal yang otak memberitahu kepada diri anda. Anda boleh merasa letih sepanjang waktu padahal tidak melakukan apa pun, ketika mengalami depresi atau kemurungan.
7 Kekurangan vitamin B12
Jika anda seorang vegetarian, maka anda berisiko mengalami kekurangan vitamin B12 yang hanya tersedia pada protein haiwan. Nutrisi ini membantu sistem saraf kekal sihat.
8 Tidur tidak nyenyak
Mungkin kita tidur cukup, tapi tidak mendapatkan kualiti tidur yang baik. Ini terjadi kerana kita asyik terbangun, lagi, dan lagi. Masalah ini boleh disebabkan oleh stres, atau keadaan fizikal yang sedang tidak sihat.
Sumber : Pendidik
No comments:
Post a Comment