Penentu Kejayaan Sikap Lebih Penting Daripada Darjah Kepintaran - Bonda

Saturday, 7 July 2018

Penentu Kejayaan Sikap Lebih Penting Daripada Darjah Kepintaran


Apabila berbicara tentang prestasi,kejayaan, dan kecemerlangan dalam kerjaya ataupun hidup, biasanya mudah untuk berfikir bahawa mereka yang diberkati atau dianugerahkan Tuhan dengan otak yang cerdas, mempunyai daya pemikiran bijaksana atau tinggi tahap intelektual (IQ)pastinya akan meninggalkan kita di belakang dalam sebarang perkara atau persaingan.Tetapi penemuan penyelidikan terbaharu dari Stanford University ini akan mengubah fikiran dan sikap anda.

Ahli Psikologi Carol Dweck telah menghabiskan keseluruhan kerjaya beliau mengkaji mengenai sikap dan prestasi kerjayanya, dan kajian terbaharunya menunjukkan bahawa sikap anda adalah peramal kejayaan anda yang lebih baik daripada darjah kepintaran (IQ) anda.

Dweck mendapati bahawa teras sikap seseorang terbahagi kepada ketetapan minda dan perkembangan minda.

Sumber: Dweck, Carol (2007). Mindset: The New Psychology of Success di muat-turun dari https://www.brainpickings.org/2014/01/29/carol-dweck-mindset/ pada Jun 1, 2018

Memiliki ketetapan pemikiran,anda mempercayai dan yakin tentang siapa anda dan anda tidak boleh berubah. Ini menimbulkan masalah apabila anda dicabar kerana apa-apa yang kelihatan lebih daripada yang anda boleh kendalikan akan menyebabkan dan membuat anda berputus asa dan tidak ketahuan.

Mereka yang memiliki ciri perkembangan minda pula percaya bahawa mereka boleh meningkat jika berusaha. Mereka akan mengatasi mereka yang mempunyai ciri ketetapan pemikiran,walaupun mereka mempunyai darjah kepintaran (IQ) yang lebih rendah, kerana mereka merangkul cabaran, mengambil peluang untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Perasaan atau akal yang biasa akan menunjukkan bahawa memiliki keupayaan seperti kepintaran,akan memberi inspirasi kepada keyakinan. Namun, kebiasaannya berlaku ketika sesuatu urusan yang mudah. Faktor penentu dalam kehidupan adalah bagaimana anda mengatasi halangan dan cabaran.Orang yang memiliki ciri minda yang berkembang akan mengalu-alukan cabaran dengan tangan terbuka.

Menurut Dweck, kejayaan dalam hidup adalah bagaimana anda menangani kegagalan.Beliau menerangkan pendekatan menghadapi kegagalan bagi mereka yang mempunyai perkembangan minda dengan berfikir: “Kegagalan adalah satu maklumat; kita melabelkan sesuatu itu sebagai kegagalan, tetapi kita harus menganggapnya seolah-olah, ‘oh ya,ini tidak berfungsi, dan saya adalah penyelesai, jadi saya akan mencuba sesuatu yang lain’.

”Tidak kira dari sisi mana carta anda berada, anda boleh membuat perubahan dan mengembangkan minda pertumbuhan. Berikut adalah beberapa strategi yang akan memperhalusi minda anda dan membantu anda memastikan ia sebagai berorientasikan pertumbuhan atau perkembangan yang positif.

Pastinya kadang-kadang kita akan berasa tidak berdaya dan tidak mampu meneruskan sesuatu tugasan. Jadi kita harus mencari jalan dan cara bagaimana hendak bertindak balas terhadap perasaan dan ujian yang sedang melanda diri kita.

Kita boleh memilih untuk belajar daripada keadaan tidak bermaya ini dan terus bergerak ke hadapan ataupun biarkan ia menyeret kita ke bawah. Terdapat ramai tokoh terkenal yang berjaya dalam hidup mereka yang tidak akan pernah berjaya jika mereka terus menanggung perasaan tidak berdaya. 

Walt Disney dipecat dari Kansas City Star kerana dia dikatakan tidak mempunyai imaginasi dan tidak mempunyai idea yang baik.Oprah Winfrey dipecat dari pekerjaannya sebagai pengacara utama TV di Baltimore kerana dianggap terlalu emosi dan secara berlebihan menceritakan kisahnya.Henry Ford sebenarnya gagal membina dua syarikat permotoran sebelum berjaya dengan Ford, dan Steven Spielberg pula ditolak oleh United States School of Cinematic Arts beberapa kali.

Bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka ini mempunyai ciri sikap ketetapan pemikiran.Mereka tentunya akan kecewa kerana ditolak, akan berputus asa atau menguburkan harapan.

Namun mereka yang mempunyai perkembangan minda yang tidak akan berasa kecewa kerana mereka tahu bahawa untuk berjaya, anda perlu bersedia untuk gagal dan kemudian bangkit kembali.

Orang yang berkuasa dan bersemangat akan meneruskan keghairahan mereka tanpa henti.Pastinya akan ada orang lain yang mungkin lebih berbakat secara semula jadi daripada anda, tetapi memperbaiki kekurangan bakat anda boleh diusahakan dengan kesungguhan semangat yang meluap-luap.

Mereka yang bersemangat tinggi akan mendorong keunggulan sendiri bagi mencapai kecemerlangan.Warren Buffet mengesyorkan bagaimana untuk mencari nilai keghairahan anda dengan menggunakan, “Teknik 5/25”.Caranya tuliskan 25 perkara yang anda fikir paling penting kepada anda. Kemudian, buangkan 20 bahagian bawah yang anda telah fikirkan.Baki lima yang tinggal itu adalah sebenarnya keinginan sejati anda.Yang lain hanyalah gangguan atau halangan tidak bermakna.

Mereka yang memiliki perkembangan pemikiran juga seperti orang lain. Mereka juga tidak mampu mengatasi ketakutan tapi mereka lebih gigih daripada yang lain. Mereka tahu ketakutan dan kebimbangan akan hanya melumpuhkan emosi dan cara terbaik untuk mengatasi kelumpuhan ini adalah dengan mengambil tindakan yang betul.Mereka yang memiliki pemikiran yang berkembang seolah memiliki keupayaan kuasa. Meraka tahu bahawa bukan semua perkara adalah sempurna untuk diteruskan atau bergerak maju. Jadi kenapa tunggu? Mengambil tindakan atau bertindak positif akan mengubah semua kebimbangan dan kerisauan daripada gagal.

Orang yang bersemangat dan berkuasa akan memberi segalanya,walaupun pada hari-hari yang paling buruk. Mereka sentiasa mendorong diri mereka untuk bergerak lebih jauh. Ada diceritakan satu kisah salah seorang anak murid Bruce Lee berlari tiga batu setiap hari bersamanya.

Pada suatu hari, mereka hampir sampai ke jarak ‘tiga batu’, lalu Bruce Lee berkata, “Mari kita teruskan sehingga lima batu.” Muridnya yang sudah terlalu letih berkata, “Saya akan mati jika saya berlari lagi dua batu.” Apa agaknya jawapan Bruce Lee? “Ha, matilah.”

Jawapan itu menjadikan muridnya sangat marah dan tercabar sehingga dia terus berlari dan dapat menghabiskan larian lima batu penuh. Lelah dan marah, dia berhadapan dengan gurunya Bruce Lee lalu bertanya mengenai komen beliau.Bruce Lee menjelaskan,“Jika anda berhenti atau tidak meneruskan larian, anda mungkin dan tetap juga akan mati. Sekiranya anda sentiasa meletakkan batasan dengan apa yang anda boleh lakukan, secara fizikal atau apa saja, ia akan terus mempengaruhi kehidupan anda.”

“ Ia akan tersemai dalam cara kerja anda, ke dalam moral anda,ke dalam keupayaan anda. Tidak harus ada batasan. Terdapat dataran tinggi, tetapi anda tidak boleh tinggal di sana; anda mesti mengatasinya.Jika ia boleh membunuh,ia pastinya membunuh anda. Seorang lelaki mesti sentiasa cuba melebihi tahapnya.

”Jika anda tidak menjadi lebih baik setiap hari, maka kemungkinan besar anda akan menjadi lebih teruk, dan adakah anda inginkan kehidupan seperti itu?

Mereka yang memiliki perkembangan pemikiran tahu bahawa mereka juga akan gagal dari semasa ke semasa,tetapi mereka tidak akan pernah membiarkannya menjadi batu penghalang untuk terus berusaha serta mengharap dan mendapatkan hasil. Mengharapkan hasil akan membuat anda bermotivasi serta memberi makna kepada kitaran penguasaan.Lagipun, jika anda fikir anda akan berjaya, maka seharusnya ia tidak menjadi gangguan atau halangan.

Semua orang akan menghadapi kesukaran yang tidak dijangka.Orang yang mempunyai minda yang berorientasikan perkembangan dan pertumbuhan menerima sesuatu kesukaran sebagai tanda untuk memperbaiki atau mengubah cara atau kaedah yang digunakan, berbanding sebagai sesuatu yang menghalang mereka.Apabila keadaan yang tidak diingini mencabar seseorang yang bersemangat, mereka akan terus mencuba dan berusaha sehingga mereka mendapat keputusan.

Jangan banyak merungut jika sesuatu perkara tidak berjalan seperti yang diharapkan. Mengadu dan merungut adalah tanda jelas daripada sikap ketetapan pemikiran (minda tertutup atau jumud). Perkembangan pemikiran(minda terbuka) akan membolehkan penerokaan peluang, jadi tidak ada ruang bagi rungutan.

Dengan menjejaki cara anda bertindak balas kepada perkara-perkara kecil, anda boleh bekerja setiap hari untuk menjaga diri anda berdasarkan carta kanan di atas.

Sumber : Pendidik

No comments:

Post a Comment