Kopi yang anda minum setiap pagi mungkin menjadi salah satu kunci untuk memanjangkan hayat anda. Kenyataan ini adalah berdasarkan satu kajian yang mengambil masa yang panjang dan ia telah diterbitkan dalam JAMA Internal Medicine.
Secara amnya, mereka yang mengambil kopi 2 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak meminumnya. Kajian tersebut adalah merangkumi semua golongan peminum kopi termasuk mereka yang lebih sensitif kepada kesan pengambilan kafein.
Kajian itu melibatkan lebih dari setengah juga penduduk di UK yang berumur diantara 38 hingga 73 tahun. Peserta akan ditanya soalan berkenaan dengan kekerapan mengambil minuman kopi, penyakit yang dihadapi, sama ada merokok ataupun tidak dan beberapa perkara yang lain. Setelah 10 tahun waktu kajian, lebih kurang 14,000 orang yang meninggal dunia.
Ternyata mereka yang meminum satu cawan kopi sehari akan berkurangan risiko 8% untuk meninggal dunia. Peratus tersebut meningkat ke 16% bagi mereka yang meminum 6 hingga ke 7 cawan sehari. Peratus tersebut jatuh semula apabila seseorang itu mengambil 8 cawan dan lebih dalam sehari.
Kajian ini hanya melihat pada dataset sahaja. Jadi ia susah untuk mengatakan bahawa adakah kopi itu sendiri yang menyebabkan seseorang itu mempunyai umur yang panjang ataupun ia berkaitan dengan sesuatu perkara yang lain.
Ini disebabkan faedah kesihatan ini juga ditemui pada mereka yang mengambil kopi tanpa kafein(decaffienated coffee). Oleh itu, saintis merasakan terdapat kompaun lain di dalam kopi yang memberikan kesan ini. Ia juga mungkin disebabkan kombinasi beberapa kompaun yang terdapat di dalam kopi tersebut.
Biji kopi dipenuhi dengan pelbagai nutrient dan bahan phytokimia seperti lignans, quinides dan juga magnesium. Bahan-bahan ini kebanyakannya adalah dari kumpulan polyphenols dan dipercayai bertindak sebagai bahan antioksida. Ia melawan kerosakan sel, kerosakan genetik dan juga mempengaruhi bakteria di dalam usus.
Kajian sebelum ini telah menunjukkan peminum kopi mempunyai 15% risiko yang lebih rendah untuk mati disebabkan masalah paru-paru, angin ahmar, kecederaan, kencing manis dan juga serangan sakit jantung. Akan tetapi kajian ini hanya fokus kepada risiko kesihatan dimana penyakit itu telah pun ada ketika kajian dilakukan.
Secara kesimpulannya, BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG MEMINUM KOPI.
Rujukan:
Loftfield E, Cornelis MC, Caporaso N, Yu K, Sinha R, Freedman N. Association of Coffee Drinking With Mortality by Genetic Variation in Caffeine MetabolismFindings From the UK Biobank. JAMA Intern Med. Published online July 02, 2018. doi:10.1001/jamainternmed.2018.2425
Sumber : rootofscience
No comments:
Post a Comment