Homemade Sos Tomato Mudah Dan Sihat, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja - Bonda

Thursday 5 July 2018

Homemade Sos Tomato Mudah Dan Sihat, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja


Melihat tomato-tomato yang masak ranum di pasaraya sudah pasti membuat hati teruja untuk membeli. Mengamalkan pemakanan tomato dapat membekalkan anda khasiat yang sangat banyak.

Kandungan vitamin antaranya vitamin A, vitamin C dan acid folik yang baik membuatkan tomato menjadi sayuran pilihan bagi mereka yang menjaga kesihatan.

Selain dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam masakan, ada juga yang menikmati tomato dalam bentuk pes atau sos. Banyak sebenarnya sos tomato yang dijual di pasaraya tempatan dan pelbagai jenama.

Sudah pasti sos tomato yang dijual dipasaraya tidaklah mengandungi khasiat terbaik jika dimakan begitu sahaja. Bahan-bahan kimia yang dicampur bagi menambah perasa dan bagi memastikan sos tahan lama ternyata mampu menghilangkan khasiat sebenar buah tomato itu.

Jadi, apa kata kita buat sos tomato sendiri di rumah. Selain mudah, ia juga dijamin berkhasiat kerana bebas dari sebarang pengawet tiruan dan bahan kimia yang lain. Kebersihan juga pasti terjamin. Jom ikuti resipi untuk buat sendiri sos tomato yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah sebagai rujukan semua:


Resipi Sos Tomato Mudah 3 Bahan Sahaja

Bahan-bahan


5-6 biji tomato masak ranum
Gula 3 sudu besar
Cuka 3 sudu besar
* serbuk cili (optional kalau nak sedikit pedas)
* secubit garam (optional)
*Kalau tomato 1kg, gula 1/2 cawan, cuka 1/2 cawan

Cara-cara membuatnya


1. Pilih tomato yang masak ranum. Kemudian rendamkan tomato tadi dalam periuk berisi air sehingga tenggelam.


2. Rebus tomato sehingga pecah kulit. Lebih kurang dalam 5 minit.


3. Keluarkan dari periuk dan kupas kulit tomato.


4. Kisar kesemua tomato menggunakan pengisar tanpa menggunakan air sehingga semua tomato hancur.

5. Tapiskan tomato yang telah dikisar dengan menggunakan penapis bagi mengasingkan biji tomato
di dalam periuk. Masak sambil dikacau sehingga menjadi sedikit pekat.



6. Masukkan gula dan cuka. Pastikan sentiasa kacau untuk mengelakkan tomato anda berkerak dan hangit.

7. Tomato sos anda sudah siap untuk digunakan.



Mudah kan? Selamat mencuba.!

BACA JUGA : Resepi Viral Mac & Cheese Crispy

Sumber : Cari

No comments:

Post a Comment