"Setiap Minggu Satu Surah”- Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Mudahkan Anak Hafal Al-Quran Dari Kecil - Bonda

Monday, 9 July 2018

"Setiap Minggu Satu Surah”- Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Mudahkan Anak Hafal Al-Quran Dari Kecil


Hanya seminggu bagi satu surah, demikian cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar memudahkan cara anaknya menghafal Al-Quran sejak kecil.

Bella yang sudah khatam Al-Quran pada usia enam tahun. Ia adalah sesuatu yang membanggakan. Angkasawan pertama negara ini bukan sahaja mementingkan ilmu dunia, malah melengkapkan anaknya dengan ilmu agama.

Semalam beliau telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya yang membantu Bella menghafal Surah Al-Maun.


Malam Hafazan

Setiap malam Ahad saya cuba mendorong Bella untuk menghafal satu surah pendek.

Dan Alhamdulillah … Mudah untuk Bella. Dan saya merasakan menghafal menjadi sesuatu yang semula jadi kepada anak-anak apabila anda memulakan mereka muda.

Perkenalkan AlQuran kepada anak-anak anda dari usia yang sangat muda. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan. Membaca Al-Quran membersihkan hati dan pasti meningkatkan daya ingatan mereka.

Sumber : Dr Sheikh Muszaphar Shukor

No comments:

Post a Comment