Siapa Sangka Tungku Bayi Ekspress Amat Berguna Ini Boleh Dibuat Sendiri Di Rumah - Bonda

Wednesday, 18 July 2018

Siapa Sangka Tungku Bayi Ekspress Amat Berguna Ini Boleh Dibuat Sendiri Di Rumah


Amalan bertungku bukan sahaja untuk ibu-ibu yang baru bersalin, tetapi anak kecil atau bayi terutamanya juga bertungku untuk melegakan rasa tidak selesa yang dialami mereka.

Bertungku atau tuam dipercayai mempunyai manfaat tertentu yang mampu membantu melegakan ketidakselesaan, kecedaran atau kesakitan yang di alami oleh bayi.

Oleh itu, amalam bertungku ini telah diamalkan sejak turun-temurun untuk wanita baru bersalin dan juga bayi atau anak kecil.

Bertungku juga sebenarnya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang berasa tidak enak badan samada masuk angin, sakit perut dan sebagainya. Rasa hangat-hangat tungku akan membuatkan badan menjadi selesa.

Tidak dinafikan bahawa alat tungku ini mudah didapati di kedai, tetapi untuk kegunaan di rumah, kita juga boleh membuat tungku bayi ekspress ini dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di dapur rumah kita.

Puan Yatie Eimra di laman Facebooknya ada berkongsikan cara membuat tungku bayi ekpress untuk kegunaan anak kecilnya yang disering dilakukannya dirumah. Mudah dan berkesan meskipun tidak menggunakan alatan atau bahan yang rumit.

Mari ikuti cara membuat tungku bayi ekspress ini dan semoga bermanfaat kepada anda.

Tungku Bayi Ekspress

Anak kecil & bayi (terutamanya) memang tak dapat dipisahkan dengan penggunaan tungku/tuam. Bayi baru lahir perlu ditungku untuk hangatkan badan bayi selepas mandi, kurangkan kembung perut/angin dalam badan & juga elakkan angin pasang (bagi anak lelaki).

Anak saya ada masalah sawan nangis akibat terlalu kerap kembung perut sejak dari lahir. Bekalan minyak telon & tungku bayi memang wajib ada. Masuk 7 bulan baru kurang sakit perutnya. Selama tu jugaklah tungku bayi tak tinggal..

Baru-baru  ni masa anak kena cirit birit akibat tonsillitis (hampir 2 minggu), saya buatkan tungku bayi ekspres ni untuk kurangkan kembung perut & hangatkan badan anak. Almaklum lah, cirit birit ni kalau badan sejuk, lagi menjadi² sakit perutnya. Tungku ni mudah disediakan & time² terdesak, memang guna tungku ni je.

Macam² bahan orang buat tungku bayi ni. Tapi yang selalu saya buat 2 je bahan utama. Herba² lain boleh digunakan sebagai tambahan supaya tungku lebih efektif.

Dua bahan utama :-

1. Bahan pemanas (pasir pantai/debu tanah/garam/beras)


Semua bahan-bahan yang dinyatakan kat atas ni boleh serap & simpan haba apabila dipanaskan. Bahan-bahan ni berfungsi kekalkan suhu panas tungku bayi agar tahan lebih lama. Jadi memudahkan kerja ibu-ibu & tak perlu kerap sangat panaskan balik tungku.

Boleh gunakan pasir pantai, debu tanah (tanah ditapis dengan penapis besi untuk buang batu & bendasing & dapatkan debu-debu yang halus je), garam ataupun beras. Gunakanlah bahan yang ibu-ibu mudah dapat ye. Masa berpantang dulu saya tinggal dirumah mak, jadi debu tanah (tanah yang halus) memang mudah dapat. Tapi sekarang saya gunakan garam je.

2. Bahan untuk singkirkan angin :-

Optional.. Saya gunakan je rempah campur sebab dah ada biji sawi, halba, jintan. Semua bahan ni boleh kurangkan angin dalam badan.
Yang ni memang paling banyak variasi. Ada yang gunakan lada hitam, habatussauda, halba, biji sawi, jintan, biji ketumbar & macam² lagi. Selalunya saya hanya gunakan lada hitam sebab tu je bahan yang sentiasa ada kat dapur. Tapi kali ni saya tambahkan rempah campur (untuk masak kari tu) sebab dah ada campuran halba, biji sawi & jintan dalam tu. Hehee.. 😄

Ni Cara Saya Buat Tungku Bayi Ekspress

½ cawan garam (lebihkan pun boleh)
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan rempah campur (optional)

1. Campur semua bahan. Panaskan selama 5-7 minit diatas dapur hingga panas & naik baunya.

2. Boleh gunakan kain perca atau baju lama anak (lengan panjang) untuk ikat bunjut tungku ni.

Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih/daun mengkudu jika ada. Curah campuran garam yang telah dipanaskan di bahagian tengah baju.

Tinggikan bahagian bawah/kaki baju

Pegang bahagian leher baju seperti gambar di atas (pastikan kedudukan bahagian bawah baju tadi lebih tinggi dari bahagian leher). Ikat kedua² lengan baju ke belakang.
Ikat dengan kemas supaya garam tak terkeluar. 



Tarik bahagian lengan baju ke depan & ikat sekali lagi untuk kemasan.
*Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih atau daun mengkudu sebelum curahkan campuran yang dihangatkan tadi
*Boleh juga panaskan bunjut tungku dengan seterika jika suka, tapi suhunya tak betul² sekata & panasnya juga tak tahan lama


*Untuk garam & beras, tak disarankan simpan dalam kain sebab garam & beras ni serap kelembapan gak. Garam akan jadi lembap & beras akan berkulat. Sebaik²nya campuran garam/beras disimpan dalam bekas bila tak digunakan dalam tempoh yang lama.
*Saya tak ikat mati sebab lebih suka buka & panaskan balik campuran garam tadi dalam pan bila nak guna.
*Boleh tengok gambar cara saya ikat tungku bayi ni gunakan baju bayi terpakai.


Lain-lain tip:

*Sebelum tungku bayi/anak pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.

*Pastikan tungku dah suam (test pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.

*Untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Dap atau tekap sekejap² je tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan & tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat 2-3 minit. Kemudian tuamlah perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.

*Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut & bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha & tapak kaki.

*Saya dulu bersalin secara ceaser sebab fetal distress. Saya gunakan tungku yang sama (gandakan sukatannya) & tambahlah daun sirih/mengkudu jika ada untuk tungku bahagian perut (elakkan tungku kawasan luka ceaser). Tungku ni ringan & sesuai digunakan untuk ibu² yang bersalin secara ceaser gak untuk bantu cepatkan proses kecutkan rahim & kurangkan angin dalam badan.

Sumber- Yatie Eimra

No comments:

Post a Comment