5 Sebab Bayi Mudah Berjaga Tengah Malam - Bonda

Saturday, 4 August 2018

5 Sebab Bayi Mudah Berjaga Tengah Malam


Bila dah ada bayi ni, ibu bapa pasti nak tahu apa kemahuan anak yang sebenarnya. Ada tu yang akan bertanya pendapat orang berpengalaman tak kiralah mak sendiri atau kawan-kawan yang dah ada anak. Jadi macam-macam fakta dan petua akan dikongsikan.

Jika betul tiada masalah, tapi ada juga yang dah ditokok tambah dan salah sehingga kita pun percaya.

Berdasarkan perkongsian dari Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah ada beberapa fakta yang tidak tepat untuk bayi newborn (0-3 bulan) yang menjadi kepercayaan ibu bapa hingga hari ini.

Fakta di bawah adalah paling tidak tepat buat bayi newborn (0-3 bulan):

    1. TIDAK GEMAR DIBEDUNG


Tiada bayi yang lahir ‘benci’kan bedung. Fetus manusia berada dalam ‘fetal position’ (kepala tunduk, tulang belakang melengkung & kaki rapat didada) selama 9 bulan dan dikemaskan dengan himpitan dinding rahim untuk mengekalkan posisinya dimana ia membuat mereka merasa bagai dipeluk selalu. Pengganti sensasi pelukan alam rahim ini adalah dakapan ibu. Dan pada bila-bila masa ibu tidak dapat mendakap (mandi, memasak, sakit atau tidur), bedung adalah gantian terbaik. Lebih-lebih lagi kerana refleks MORO (yang mengakibatkan bayi mudah tersentak/terkejut seterusnya menangis atau terjaga) kekal sehingga sekitar usia bayi 4 bulan.

    2. PERLU SUASANA SENYAP UNTUK TIDUR


Salah! Fetus manusia telah hidup dalam sebuah alam yang amat bising dimana rahim memncecah 90dbl iaitu sama atau lebih kuat penyedut hampagas. Suasana senyap sunyi membinggungkan mereka. Sekarang anda tahu mengapa bayi tidur lebih nyenyak di siang hari terutama jika berhampiran sumber bunyi? Aktiviti harian rumah dan lebih kerap terjaga pada waktu malam? Ini salah satu sebabnya.

    3. MUDAH RIMAS DAN MENANGIS KERANANYA


Alam rahim tidak kalah meriahnya jika dibandingkan dengan dunia luar,cuma dari sudut yang berbeza. Fetus mendengar, menghidu dan merasakan perkara-perkara berbentuk emosi dan fizikal yang hampir sama dengan bayi (yang telah berada di dunia luar).

Maka,fetus juga terkejut, ketawa, menangis dan merasa cemas seperti manusia di dunia luar. Maka apa yang mengekalkan fetus dalam ketenangan sepanjang masa? Ianya sensasi rahim! Ketika memang benar bayi kecil mudah menangis dan resah kerana rimas (overstimulated), mereka sebenarnya 2 KALI lebih mudah resah & menangis bila sebaliknya, iaitu bila merasa terasing (understimulated) atau bila mengesan kehilangan sensasi rahim contohnya hilang rasa bagai dipeluk dan di hayun selalu seperti ketika dikandung dahulu.

    4. PERUT BAYI SUPER SENSITIVE DENGAN DIET IBU


Jangan makan itu, jangan makan ini..makanan itu tajam, makanan itu angin dan senarainya berterusan..membuat ibu terlalu takut untuk menyentuh apa-apa makanan kerana risau akan membuat bayi meragam. Asasnya, amat jarang untuk bayi membentuk profil elergi dari diet ibu kecuali pada 2 bahan: susu lembu & soya.

Manakala bagi profil sensitif, caffeine dan makanan merangsang seperti sesetengah ubat atau herba adalah yang paling berisiko. Selebihnya..silakan makan dan bereksperimenlah dengan penerimaan bayi anda kerana tubuh badan setiap individu (bayi dan ibu) adalah berbeza.

Cuba elakkan makanan yang menjadi suspek untuk beberapa hari dan lihat jika bayi kurang meragam. Namun, tak perlulah sehingga ibu terlalu obses memikirkan hal ini. Statistik membuktikan hanya peratusan kecil bayi yang menunjukkan perubahan signifikan hasil tindakan ibu mengubah diet. Selebihnya, bayi kekal kuat meragam/ menangis walau ibu hanya amalkan memakan nasi kosong dan ikan bilis tumbuk!. Pada akhirnya, memperkenalkan profil rasa yang berbeza kepada bayi melalui susu badan akan memudahkan bayi untuk suka menerima dan mencuba banyak jenis makanan di masa hadapan.


    5. MUDAH KEMBUNG DAN MENANGIS KERANANYA.


Kembung sering dijadikan punca bila bayi kerap menangis/resah atau bila sukar ditenteramkan. Ketahuilah,bayi BUKAN belon yang memang dicipta untuk memerangkap udara dan senang-senang menjadi kembung kerananya. Kemasukan sejumlah gas ke dalam sistem badan terjadi dari aktiviti seperti makan,minum ,bercakap dan menangis. Gas juga terhasil dari proses pencernaan makanan di dalam perut. Yang menentukan seseorang itu tidak selesa akibat gas bergantung kepada berapa banyak badannya menghasilkan gas dan berapa sensitif seseorang itu terhadap jumlah gas yang berada usus besarnya. Melainkan bayi anda mengalami hal-hal seperti lactose intolerance, ketidakhadaman makanan, perut sensitif atau reflux, maka bukan amat mudah untuk bayi terkena kembung. Sedikit ‘clue’ atau bayang buat anda,bayi anda memang BUKAN kembung jika dia masih boleh berhenti menangis/bertenang/tidur/bermain atau merespon kepada anda walau UNTUK SEKETIKA(bermakna ada sela antara tangisan) kerana sakit akibat kembung tiada rehatnya selama gas kekal terperangkap.

BACA JUGA : Cara Bedung Bayi

Sumber : Majalah PAMA

No comments:

Post a Comment