Doktor pakar kata gaya tidur bayi boleh mengurangkan risiko mereka terkena serangan SIDS. Jadi, jom semak apa gaya tidur yang selamat dan tak selamat untuk si manja anda!
Gaya tidur bayi
Anda sebagai ibu bapa wajib mengetahui apakah gaya tidur bayi yang selamat.Bukan apa, ia untuk mengurangkan risiko si manja anda terkena Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba atau SIDS.
Di Amerika, SIDS telah meragut hampir 2.500 orang bayi setiap tahun! Punca kematian masih tak dapat dikenal pasti.
Tapi menurut Mom Junction, doktor ada menjelaskan bagaimana untuk mengelak risiko berbahaya ini – iaitu dengan menjaga gaya tidur anak anda!
Jadi, jom tengok apa gaya tidur si manja yang selamat dan apa yang tidak selamat!
Gaya tidur yang selamat
1. Tidur terlentangGaya tidur yang paling selamat adalah tidur terlentang. Bayi anda wajib tidur siang, rehat sebentar atau tidur malam dengan gaya ini.
Tidur terlentang terbukti:
Mengurangkan risiko serangan SIDS pada bayi kerana ia menggalakkan pernafasan yang lancar.
Institusi Kesihatan Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia AS (NICHD) dan American Academy of Pediatrics juga telah menamakan gaya tidur terlentang sebagai gaya tidur terbaik untuk bayi anda.
Gaya tidur yang tidak selamat
2. Tidur terlentang terlalu lamaAkan tetapi, jika bayi anda dibiarkan tidur secara terlentang dengan terlalu lama, mereka akan berisiko untuk mengalami:
- positional plagiocephaly, keadaan di mana kepala mengalami keadaan “rata” atau
- brachycephaly iaitu keadaan bahagian belakang tengkorak menjadi rata.
Jadi, anda digalakkan untuk mengubah gaya tidur si manja sekali-sekala.
Pusingkan mereka ke bahagian tepi, tapi sedikit saja!
3. Tidur di atas perut atau tidur menerap
Menurut pakar, jika bayi anda tidur di atas perut kalian, atau tidur menerap di atas katil, mereka akan mengalami beberapa masalah seperti:
- Berisiko terkena SIDS
- Rahang menjadi terlalu tertekan, mengakibatkan mereka sesak nafas
- Wajahnya akan terlalu dekat dengan cadar lalu mereka akan menarik nafas dari udara yang sama
- Bayi boleh mati lemas kerana cadar yang terlalu lembut mungkin boleh menutup muka dan kepala bayi
- Bayi terbuka untuk menghidu mikrob dari tilam atau cadar
4. Tidur mengiring
Anda juga tak digalakkan untuk menidurkan si manja dalam posisi mengiring, melainkan mereka sudah berusia 5 atau 6 bulan ke atas! Kenapa?
Kerana tidur mengiring juga meningkatkan risiko serangan SIDS! Malah, gaya tidur ini terbukti mendatangkan masalah pada kesihatan bayi, seperti:
- Unilateral erythema – perubahan warna pada tubuh badan
- Tengkorak kepala menjadi “terlalu rata” sebab bayi tidur dalam gaya yang sama terlalu lama
- Torticollis – keadaan di mana leher terkehel kerana otot dan sisi kepala terganggu akibat posisi tidur yang salah
- Bayi tersedak dan tercekik kerana sesak nafas
Tip penting untuk keselamatan bayi
- Jangan guna cadar yang terlalu lembut dan longgar, takut ia menutup kepala bayi
- Jangan letak terlalu banyak benda dalam katil bayi. Biar ringkas!
- Jangan tutup kepala bayi dengan selimut atau kain
- Jangan pakaikan pakaian yang tebal, takut mereka terlalu panas
- Guna puting
- Guna baby monitor
- Kongsi bilik yang sama dengan si manja
- Tapi, jangan kongsi katil! Biar mereka di dalam katil sendiri
Hati-hati ya, ibu bapa semua! Jom kita elak risiko terkena SIDS dengan menjaga posisi tidur anak-anak anda. Semoga si manja anda sentiasa dilindungi!
No comments:
Post a Comment