Kali ini Bonda hendak kongsi resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang sangat sedap di kala selera dah mula menurun dan kepala mula pening memikirkan lauk apa yang hendak dimasak untuk berbuka. Cara memasaknya sama dengan memasak Ikan Tenggiri Masak Asam, bezanya ialah gantikan asam jawa dengan cuka.
Jom kita layan resepi mudah dan sedap ini.
Bahan bahan:
2 keping ikan tenggiri – lumur garam kunyit1 - 1 1/2 sudu besar cuka
1 sudu kecil biji sawi
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - opsyenal
Bahan Hiris:
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji cili merah dan cili hijau
1 labu bawang besar - potong bulat
Cara cara:
1. Ikan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hiris sehingga layu. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Saya masukkan sedikit sahaja air kerana tidak suka berkuah.
3. Masukkan cuka, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan biar mendidih sebentar. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :)
No comments:
Post a Comment