Kek Oren Kukus Gebu dan Lembut Guna Blender - Bonda

Tuesday 25 September 2018

Kek Oren Kukus Gebu dan Lembut Guna Blender


Nampaknya ramai yang suka  kek blenderkan. Kali ni Bonda nak berikan kepada anda resepi kek oren kukus.Bila dah hujung tahun seperti ini, ada anak-anak yang minta dibuat kek untuk dibawa ke jamuan kelas kan.Jadi kek kukus seperti kek kukus pandan , kek kukus ini sangat sesuai sebab selain rasa kek yang gebu, masa penyediaan juga cepat.

Kenapa saya berikan kek guna kaedah ni ?

Sebab saya sering mendapat permintaan daripada mereka yang ingin mencuba hasilkan kek sendiri tak kira kek pandan , kek span atau kek cheese leleh tapi tidak mempunyai kelengkapan atau alatan yang mencukupi. Jadi sebagai alternatif , saya berikan video tutorial dalam cara yang paling mudah. Jadi anda boleh cuba di rumah. Tetap gebu dan lembut tau.

Untuk kek oren kukus yang gebu ni, saya tukarkan gandum / soda bikarbonat kepada self raising flour. Ini memudahkan lagi kerja anda.Tak perlu ayak 2-3 kali . Boleh dapatkan di pasaraya atau kedai bakery.Senang ja cari ni.

Aduanan kek oren kukus ni memang besar. Guna loyang saiz 8 ya . Jadi satu adunan dah cukup untuk kenyangkan rakan-rakan anak dalam kelas. Kalau nak buat lebih pun tiada masalah.Jom kita tengok resepi yang saya sediakan.

Bahan-bahan kek kukus oren ni :


3 biji telur ayam gred A *

1/2 cawan gula halus *

1/2 cawan sunquick perasa oren *

1/2 cawan susu pekat *

1 sudu makan ovalette *

1 sudu teh esen vanilla *

1/2 cawan minyak jagung

5 titik pewarna kuning telur

2 cawan self raising flour


Kalau anda tiada self rasing flour , boleh gantikan dengan 1 cawan tepung gandum serta 1 sudu teh soda bikarbonat. Ayak adunan 2-3 kali supaya sebati. Ini tips penting tau.

Cara-Cara : 


#1 : Masukkan air ke dalam pengukus dan didihkan.Biarkan.Masukkan semua bahan bertanda. Blend sehingga adunan kembang sekitar 3-5 minit dan warnanya menjadi pudar. Kisar secara henti-henti untuk elakkan motor pengisar cepat rosak.

#2: Adunan kek yang telah dikisar masukkan ke dalam mangkuk. Ayak tepung self raising flour atau tepung naik sendiri ini. Kacau sehingga sebati. Tambahkan pewarna jika mahu dan minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati.

#3: Sapukan loyang/bekas bersaiz 8 dengan butter pada tepi loyang.Jadi saya hanya sapukan butter.Jika guna loyang, permukaan bawah akan saya alas dengan baking paper.

#4: Kukus sekitar 60 minit untuk saiz loyang ini. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan . Terpulang pada anda jika nak jadikan kek ini kek cheese leleh atau nak letak topping pilihan.

Dah siap dah kek oren kukus ni ni.Memang lembut dan rasanya yang gebu walau guna cara mudah.

Selamat mencuba tau.

No comments:

Post a Comment