Resepi Kek Buah Kukus Lembap - Bonda

Wednesday 26 September 2018

Resepi Kek Buah Kukus Lembap


Kek Buah Kukus adalah antara hidangan wajib bagi kebanyakan orang setiap kali raya. Semasa saya kecil, kami biasanya akan membakar kek untuk hidangan raya.

Kek ini sebenarnya sangat mudah membuatnya, tak perlu keluarkan mixer pun. Tapi walaupun mudah, tidak selalu menghasilkan kejadian kek sempurna seperti mana yang kita ingini. Jadi kena baca dan faham tips dan teknik sebelum mula menyediakannya.

Bahan A.
600gm tepung gandum
4 sudu teh Cream of Tartars
2 sudu teh Bicarbonate of Soda
300gm Mixed Fruit
-gaul semua dan ketepikan-

Bahan B.
450gm planta margerin
225gm gula halus (biasanya mak kak Has akan kisar halus gula kasar)
5 biji telur ayam gred B/A
3 sudu teh esen vanila
-pukul sehingga ringan-

Bahan C.
225gm gula kasar/pasir digoreng ( disangai)

Cara-Cara : 


1. Campurkan semua bahan-bahan A.Gaul supaya sebati dan ketepikan.
2. Masukkan bahan B : Planta dan gula yang telah dikisar halus dalam bekas. Pukul hingga ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan campuran A ke dalam adunan B.
6. Gaul hingga sebati dan ketepikan seketika.

Bahan C : Goreng gula kasar hingga mendidih dan berbuih-buih. JANGAN masukkan air.

1. Sentiasa kacau semasa menggoreng.
2. Goreng gula mesti sampai berbuih-buih. JANGAN masukkan air. Apabila dah berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan dalam adunan kek dan gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.
3. Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.
4. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
5. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. 6. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
7. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
8. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment