Resepi Kek Chiffon Oren - Bonda

Tuesday, 18 September 2018

Resepi Kek Chiffon Oren


Bahan A


5 kuning telur Grade A

65 gm minyak jagung

90 ml susu segar

2 sudu besar Sunquick

75 gm tepung naik sendiri (self raising), ayak

1 sudu besar parutan kulit oren

1 sudu besar oren emulco, jika suka


Loyang 8 inci


Cara-cara :

1. Pukul telur dengan whisk hingga berkrim, masukkan minyak dan whisk hingga sebati.

2. Masukkan susu, sunquick, oren emulco dan parutan kulit oren. Kacau rata.

3. Masukkan tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.


Bahan B


5 putih telur Grade A

85 gm gula halus

Cara-cara :

1. Dalam mangkuk yang kering, putar putih telur hingga berbuih.

2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kental.

3. Masukkan adunan putih telur secara bertahap dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

4. Tuang ke dalam loyang chi on dan hentakkan sedikit untuk mengeluarkan udara.

5. Bakar secara water bath pada suhu 160C 30 minit pertama dan turunkan suhu 140C pada 30 minit terakhir.

6. Setelah masak, renggangkan pintu oven, biarkan kek di dalam oven selama 10 minit.

7. Terbalikkan di atas redai dan biarkan sejuk sebelum di potong.


No comments:

Post a Comment