Egg Drop Soup - Bonda

Tuesday 23 October 2018

Egg Drop Soup


Rasa macam nak makan sup hari ni? Jom try resipi Egg Drop Soup 5-bahan ni!

Bahan-bahan diperlukan:


- 2 biji telur
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 2 cawan stok ayam
- 1 sudu besar minyak bijan
- Tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 1 sudu kecil garam
- Daun bawang (jika mahu)


Cara menyediakan dan memasak:


1. Gaul telur dengan 1 sudu kecil tepung jagung.
2. Di dalam periuk, panaskan stok ayam dan minyak bijan.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biar mendidih.
4. Tuang adunan telur perlahan-lahan dan teruskan mengacau.
5. Masukkan garam dan kacau.
6. Siap untuk dihidang! Tabur dengan daun bawang jika mahu.

No comments:

Post a Comment