Resepi Kek Epal @ Apple Cake - Bonda

Tuesday, 23 October 2018

Resepi Kek Epal @ Apple Cake

Keenakan rasa kek buah epal yang marvelous pasti peminat kek akan jatuh cinta akannya. Resepi yang mudah dan ringkas pastinya sesiapa yang ingin belajar buat kek, inilah masanya!

Jom cuba :

Bahan-bahan diperlukan:


1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml krim segar/krim putar
150g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik


Cara menyediakan dan memasak:



  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam ketuhar. Panaskan selama 3 minit.
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan krim segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yang keluar dari epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C.

No comments:

Post a Comment