Pulut Kukus - Bonda

Friday 19 October 2018

Pulut Kukus

Bahan bahan:

Beras pulut
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sb minyak masak
Serbuk kunyit, jika mahu buat pulut kuning

Cara-cara:


1. Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.

2. Masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih. Guntingkan daun pandan, jika suka. Kukus selama  15 ke 20 minit.

3. Angkat dan tuang ke dalam bekas. Renjis renjiskan air sedikit demi sedikit ke atas pulut sehingga pulut nampak kebasahan dan lembut.

4.Tuang pula minyak masak ke atas pulut dan gaul rata. Kemudian masukkan semula pulut ini ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 15-20 minit.

5. Kalau pulut masih nampak keras, renjiskan sedikit lagi air.

6. Angkat dan sedia dihidangkan. Pulut akan menjadi sedap, lembut dan cantik.




Bolehlah dimakan sebagai pulut durian, pulut pagi atau apa apa yang disukai.

No comments:

Post a Comment