Resepi Muffin Coklat Simple - Bonda

Tuesday 12 March 2019

Resepi Muffin Coklat Simple


Bahan – Bahan:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam halus

Bahan B
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu segar
3 biji telur Gred A

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara – Cara:

Pertama, dalam satu bekas, masukkan semua Bahan B dan kacau sehingga sebati. Ketepikan seketika.

Kedua, tepung gandum diayak bersama serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan selepas itu, masukkan semua Bahan A ke dalam tepung yang telah diayak tadi.

Ketiga, masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan kacau rata sehingga sebati. Akhir sekali , masukkan air panas dan kacau sekejap sahaja menggunakan spatula kayu.

Keempat, tuang acuan ke dalam muffin cup dan letak hiasan yang anda suka. Bakar pada suhu 175’C selama 20 minit.

Tips – Cucuk muffin dengan lidi untuk mengetahui sama ada telah masak ataupun belum.

No comments:

Post a Comment