Kuih Bijan / Buah Rotan - Bonda

Sunday 10 March 2019

Kuih Bijan / Buah Rotan


Bahan-Bahan : 

500g tepung pulut
1 sudu makan membukit tepung beras
1 cawan santan pekat
1 cawan air.(Jangan tuang semua.Sikit-sikit sebagai tambahan)
1/2 cawan gula
1 biji telur ayam
Sedikit air kapur makan
Secubit garam
Bijan

Cara Penyediaan:

1: Kacau hancur gula dengan sedikit air pans supaya larut. Tambahkan secubit garam dan air kapur makan anggaran 1/2 sudu teh.Sejukkan.Fungsi air kapur ialah supaya kuih rotan menjadi rangup selepas digoreng.

2: Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar dan uli sehingga menjadi doh.Santan cair tadi sedikit demi sedikit bagi dapatkan adunan doh yang boleh digentel.

3: Bulatkan doh kecil-kecil lebih krang hujung jari kelingking sahaja sebab nanti ianya akan mengembang ketika digoreng.Kalau terlalu besar, dalamnya tidak masak dan jadi liat.

4: Salut dengan bijan dan ikuti tips di atas dengan tekan-tekan pusing. Panaskan minyak hanya pada api sederhana dan barulah goreng pada saiz bilangan yang mencukupi.Goreng hingga kuning keemasan baru toskan kuih buah rotan dan sejukkan.

No comments:

Post a Comment