Resepi Rempeyek / Tempeyek Kacang - Bonda

Sunday, 10 March 2019

Resepi Rempeyek / Tempeyek Kacang


Bahan-bahan untuk rempeyek:

500 gram tepung beras
1 biji telur
1 cawan santan pekat
1 sudu makan garam
2 sudu makan air kapur
1 sudu makan kari daging
Air secukupnya

Bahan untuk dikisar:

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
Segenggam ikan bilis
Setengah genggam udang kering
2 ulas bawang putih
Semua bahan ini dikisar halus .

Bahan hiasan:

Kacang tanah secukupnya .
Ikan bilis secukupnya
Tidak perlu digoreng terlebih dahulu semua bahan ini cara-cara:

1: Masukkan tepung beras, bahan kisar, kari, garam, ajinamoto dlm mangkuk besar danmasukkan santan bersama telur yang dipecahkan. Kacau adunan dengan senduk kayu sambil air dituang ke dalam adunan. Selepas itu , masukkan air kapur . Pastikan semua adunan sebati dan sedang elok acuan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. **Cara untuk memastikan adunan sedang elok adalah dengan menggunakan sudu makan dan celup ke dalam adunan. Pastikan titisan yang turun tidak cepat dan tidak juga perlahan. 

2: Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan pastikan minyak betul – betul panas, barulah dicelupkan acuan rempeyek . Keluarkan semula acuan rempeyek dan tuang satu sudu adunan rempeyek dan taburkan kacang tanah beserta ikan bilis. Rendam semula acuan rempeyek ke dalam minyak sehinggalah adunan keluar dan terus balikkan adunan supaya permukaan yang mengandungi kacang tanah menghadap ke bawah supanya ianya masak sepenuhnya. ***Untuk acuan rempeyek boleh rujuk gambar 

3: Goreng sehingga masak . Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk pastikan rempeyek kacang tanah iakan bilis anda sentiasa rangup. **Pastikan dibalikkan kedua-dua permukaan ketika menggoreng.

Sukatan resepi ini boleh menghasilkan 200 pcs rempeyek kacang tanah ikan bilis yang pastinya menarik selera anda.Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment