Kuih Gunting Rangup Sedap - Bonda

Sunday 10 March 2019

Kuih Gunting Rangup Sedap


Bahan Resepi :

Bahan A (blender)

4 biji bawang besar
2 genggam udang kering
3 sudu makan jintan kasar
3 sudu makan jintan putih

Bahan Lain :

1 kilogram tepung gandum
4 sudu makan membukit marjerin pelangi dipanaskan (boleh lebih kan jika nak lembut sedikit,sy suka keras2 sikit)
1 sudu makan garam halus
2 genggam daun kari
2 genggam daun sup
2 sudu makan penuh cili kering kisar
air secukupnya

Cara Buat Kuih Gunting Rangup : 

1: Masukkan marjerin yg dipanaskan ke dalam tepung gandum,gaul rata. Masukkan bahan A, gaul lagi.

2: Masukkan garam, daun sup, daun kari,cili kisar.Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh.

3: Canaikan doh,kalau suka yg nipis boleh canai nipis atau ikut ketebalan yang dimahukan,sy suka tebal sedikit. Masak atas pan sekejap sahaja,untuk memudahlan kita gunting nanti.

4: Sedia utk digunting,ikut suka nak gunting mcm mana sama ada memanjang atau pendek. Goreng dalam minyak yg panas bersama dgn daun kari. Goreng sehingga keemasan. Tapis & sejukkan,simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment