Bahan Inci Kacang Hijau :
1/2 cawan kacang hijau yang direndam selama 4 jam
2 cawan air
1/2 cawan gula melaka hancur
1/2 cawan gula
1/2 cawan santan sederhana pekat
Secubit garam
Cara Masak Inti Kuih Koci Kelantan :
1: Rebus kacang hijau yang telah di rendam tadi sehingga kembang dan empuk dengan 2 cawan air. Biarkan air kering tinggal sedikit kemudian masukkan santan,gula,gula melaka,garam dan teruskan kacau sebati.
Sambung kacau hingga santan kering dan inti kacang mula sebati dan sedikit keras.Jangan risau jika masih lembik waktu panas.Nanti sejuk ianya akan jadi keras. Bila dah keras ,bulatkan ikut saiz yang dikendaki.
Bahan Resepi Doh Kuih Koci Kelantan :
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan santan pekat
1/4 cawan air
Secubit garam
Pewarna pilihan
Daun Pisang
Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan Resepi Kuih Koci Kelantan :
1: Dalam bekas, satukan tepung pulut dengan sedikit garam,masukkan santan dahulu serta ramas sebati barulah masukkan air sedikit demi sedikit.
Uli hingga jadi doh dah teksturnya tidak lembik, tidak keras serta tak melekat di tangan. Kalau nak masuk pewarna , masuk pada waktu ni . Bila dah ada pewarna, bulatkan doh dalam saiz bola ping pong.
2: Daun pisang yang dipotong tadi dilayurkan terlebih dahulu dan disapu dengan sedikit minyak masak. Tujuannya tak nak bagi kuih koci melekat.Ambil doh , penyekkan atau leperkan, masukkan inti kacang lepas tu tutup doh semula, baru letak atas daun pisang dan bungkus dengan cara lipat keduanya ke belakang.
3: Panaskan air dalam pengukus dan bila air mendidih, susun kuih koci dalam pengukus dan kukus selama 10-15 minit guna api besar.
Dah siap resepi kuih koci Kelantan untuk anda cuba sendiri.
No comments:
Post a Comment