Senaman Kegel Menguatkan Otot Pelvis Supaya Faraj Tidak Longgar - Bonda

Sunday 10 March 2019

Senaman Kegel Menguatkan Otot Pelvis Supaya Faraj Tidak Longgar


Mencegah lebih baik daripada merawat. Tak perlu beli produk, hanya kena rajin tiap-tiap hari.

Ada beberapa jenis kaedah menguatkan otot pelvis supaya faraj tidak longgar dan mengurangkan masalah peranakan jatuh. Kaedah yang saya paling suka buat ialah seperti di dalam gambar.

Baring seperti di dalam gambar. Tinggikan punggung anda seperti di dalam gambar dan kemutkan otot punggung anda di situ selama tiga saat sebelum anda lepaskan dan turun semula.



Kaedah senaman Kegel sebegini juga bagus untuk Marathon training, sebab bukan sahaja otot pelvis dibahagian dalam dikuatkan, otot gluteus Maximus di bahagian punggung yang digunakan untuk berlari juga dikuatkan.

Sebab itu lah ini menjadi senaman kegemaran saya setiap hari. Saya dah buat 200 kali semalam dan 300 kali hari ini sebab saya sedang training untuk berlari 42.2km Full Marathon. Anda hanya perlu buat 30 kali sehari (atau 10 kali, tiga kali sehari). Tetapi buat lah setiap hari. Bukan hanya anda boleh mengelakkan masalah rahim jatuh, anda juga boleh elakkan masalah kawalan pundi kencing anda.

Saya letak gambar wanita hamil di sini, sebab senaman Kegel ini terbukti berkesan mengurangkan masalah mengawal pundi kencing semasa hamil dan selepas bersalin. Kalau otot pelvis menjadi lemah semasa hamil, memang lebih susah mengawal kencing bila terbatuk, terbersin, atau pun bila jalan-jalan. Selepas bersalin pun boleh buat. Kalau tak boleh buat cara ini, boleh buat sambil duduk di atas kerusi, dan hanya kemutkan otot pelvis di dalam tanpa mengerjakan otot punggung gluteus Maximus.

Saya letak gambar lelaki di sini, sebab senaman Kegel juga terbukti berkesan membantu lelaki yang ada masalah mengawal pundi kencing disebabkan prostate atau masalah hubungan kelamin.


Semoga bermanfaat kepada semua.

Sumber : Imelda Balchin

No comments:

Post a Comment